• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis 'Sambut' Konvoi Besar Motosikal di Tanjung Malim, Hadiahkan 312 Kompaun

Polis 'Sambut' Konvoi Besar Motosikal di Tanjung Malim, Hadiahkan 312 Kompaun

June 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

POLIS mengeluarkan sebanyak 312 kompaun ke atas sekumpulan penunggang motosikal kerana melakukan pelbagai kesalahan di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Berdasarkan laporan, seramai 307 penunggang disaman di sekatan jalan raya di KM116 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur.

BACA >>> Netizen Bengang Ambulans Disuruh Berhenti Beri Laluan Konvoi VVIP
BACA >>> Ekzos Aftermarket Bunyi Standard Pun Haram Pasang!

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, polis membuat sekatan selepas menyedari satu hantaran tular di Twitter berhubung tindakan sekumpulan besar penunggang motosikal berkonvoi di Lebuhraya Utara Selatan dekat kawasan Rehat dan Rawat Tanjung Malim.

Siasatan awal mendapati peserta konvoi dari arah Utara dan Selatan dalam perjalanan ke salah sebuah restoran di Tanjung Malim. Operasi polis pula bermula antara jam 9 pagi hingga 2 petang, melibatkan 28 pegawai dan anggota.

BACA >>> Konvoi YSuku Kena Reman, Tak Sempat Pekena Ikan Patin

Mohd. Hasni berkata:

"Saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi pandang belakang, nombor pendaftaran tidak lengkap dan fancy serta ubah suai ekzos.”

Beliau juga memberi peringatan bahawa walaupun negara berada pada fasa peralihan endemik dan aktiviti berkumpulan dibenarkan, orang ramai dinasihatkan supaya tetap menjaga penjarakan fizikal dan tidak melakukan perkara yang menyalahi peraturan serta undang-undang.

BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!
BACA >>> Waranti Tak Sah Kalau Tanggal Cermin Sisi
BACA >>> #ApaNAkBuat: Bagaimanakah Cara Laras Cermin Sisi Motosikal dengan Betul?

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Konvoi Yamaha Y16 Tular, Mohd. Hasni Mohd. Nasir, Polis Saman Konvoi, Sekatan Jalan Raya (SJR) Polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my