• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Syarikat Baharu Sony Honda Mobility Ditubuhkan, Bakal Jual EV pada 2025!

Syarikat Baharu Sony Honda Mobility Ditubuhkan, Bakal Jual EV pada 2025!

July 13, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI pernah kami laporkan beberapa kali sebelum ini, Sony dan Honda kini dalam peringkat menjalin kerjasama dan terbaharu dua syarikat itu baru saja menandatangani perjanjian usahasama (JV) menubuhkan syarikat baharu, dikenali Sony Honda Mobility.

Syarikat itu akan terlibat dalam penjualan kenderaan elektrik (EV) dengan nilai tambah tinggi selain menawarkan khidmat mobiliti. Pengumuman dibuat pada 16 Jun lalu itu adalah hasil perbincangan perikatan strategik dalam bidang mobiliti melibatkan kedua-dua pihak seperti diumumkan pada 4 Mac tahun ini.

Berikut perincian Sony Honda Mobility:

  • Modal: 10 bilion yen (RM327 juta)
  • Lokasi syarikat: Tokyo, Jepun
  • Nisbah pelaburan: Sony Group Corporation 50%, Honda Motor Co., Ltd. 50%
  • Merancang memulakan jualan EV dan khidmat mobiliti pada 2025

Berikut kepakaran disasarkan untuk dibawa dan dimanfaatkan:

  • Kepakaran Honda dalam teknologi alam sekitar dan keselamatan, keupayaan pembangunan mobiliti, teknologi pengeluaran badan kenderaan dan khidmat pengurusan selepas jualan.
  • Sony pula membawa kepakaran dalam bidang pembangunan dan aplikasi pengimejan, sensing, telekomunikasi, rangkaian dan teknologi hiburan.

Mengenai produk, masih tidak jelas EV mana yang akan dikeluarkan kerana kedua-dua syarikat ada model masing-masing, atau mungkinkah ada model baharu?

Seperti kami laporkan sebelum ini, Sony pernah mempamerkan model konsep elektrik Vision-S di Pameran Elektrik Pengguna (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2020.

Vision-S (foto atas) dibangunkan dengan kerjasama firma kejuruteraan Austria, Magna Steyr dan prototaip model itu sudah diuji di jalan raya Eropah. Honda pula mempunyai model cilik e dan HR-V elektrik, dikenali sebagai e:NS1 dan e:NP1 dan sudahpun dijual di China.

Honda turut memaklumkan e:Ny1 Prototype bakal dijual di Eropah. Selain itu Honda turut membangunkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Prologue dengan kerjasama General Motors (GM) di AS.

BACA >>> Sony, Honda Jalin Kerjasama Bangunkan EV Menjelang 2025!
BACA >>> Honda Amerika Kongsi Gambar CR-V (2023)! Bakal Lancar Tahun Ini!

Sony Honda
sony-logo-e1648452745907
sony-vision-s-1-e1648452610673
sony-vision-s-2-e1648452543811-1024x647
Honda-e-Honda-Access.01-e1599059951577
Honda-eNy1.01
Honda-eNy1.02

Related

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Kenderaan Elektrik (EV), Sony, Sony Honda Mobility Inc.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev