• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Isuzu D-MAX X-Terrain (2022) Dipertingkat Serba Premium Kini di Malaysia, Harga RM146k!

Isuzu D-MAX X-Terrain (2022) Dipertingkat Serba Premium Kini di Malaysia, Harga RM146k!

June 17, 2022 By Shawkath Leave a Comment

328
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ISUZU Malaysia mengumumkan tawaran trak pikap versi dipertingkat D-Max (2022) generasi ketiga ke pasaran tempatan, yang juga varian tertinggi, iaitu X-Terrain.

D-Max X-Terrain (2022) diperkenalkan dalam tiga pilihan warna segar dengan cuma satu opsyen trenkuasa dan transmisi. Berikut perincian trak pikap baharu itu:

BACA >>> Isuzu Malaysia Lancar Generasi Ketiga D-Max, Ada 7 Varian, Harga Mula RM88k!
BACA >>> Baki Zainal Kongsi Pengalaman Miliki, Pandu Isuzu DMax X-Terrain 3.0L (2021)

HARGA

Okazoe
Okazoe (l) with Sogo (r)
  • Harga X-Terrain Double Cab 4x4 AT 3.0L, ialah RM146,938.40.
  • Harga versi dipertingkat 2022 ialah RM5,000 lebih mahal berbanding model sama yang diperkenalkan pada April 2021, iaitu RM141,938.40, harga atas jalan, tanpa insurans dan untuk pemilikan persendirian.

BACA >>> D-Max Bantu Isuzu Catat Rekod Jualan Terbaik Sejak Beroperasi di Malaysia!

WARNA

45-J1143-Isuzu-As---8804_BW-HR
45-J1143-Isuzu-As---8804_BW-HR (1)
  • Ada tiga warna, termasuk dua pilihan baharu untuk varian 2022 ini, iaitu Silky Pearl White (putih) dan Onyx Black (hitam) selain warna sedia ada, Valencia Orange (jingga).
  • Isuzu tidak lagi menawarkan warna Sapphire Blue (biru) untuk edisi 2022.

TRENKUASA

  • Enjin masih 4-silinder sebaris 16-injap 2,999cc DOHC Blue Power VGS Turbo Intercooler, berkuasa 188hp @ 3,600rpm dan tork 450Nm @ 1,600-2,600rpm.
  • Transmisi automatik 6-kelajuan dengan sistem pacuan empat roda (4x4).

BACA >>> Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Basecamp, Idea Trak Pikap untuk Kembara Sedunia

APA BERUBAH?

Secara am, rekabentuk keseluruhan varian 2022 masih kelihatan seperti model 2021 dengan beberapa perubahan luaran dan dalaman bagi memenuhi permintaan pelanggan seperti berikut:

1. REKABENTUK LUARAN
27-RBE-KV-Frontal-Left-(EO)_RGB_wosportsbar_BW-HR
Welcome light
  • Lampu aluan (welcome lights) ditambah bawah pemijak kaki di sisi kenderaan. Lampu LED itu akan menerangi kawasan sekitar pintu untuk membolehkan pengguna melihat jelas sebelum turun kenderaan.
  • Sil pintu, atau plat pelindung geser (scuff plate) dengan ciri berlampu untuk membantu melindungi frem pintu daripada calar. Tambahan itu membuatkan penampilan trak pikap itu kini lebih menarik.

BACA >>> Trak Pikap Ford, Sedan Jepun Paling Banyak Kena Curi di Amerika Sepanjang 2020

2. KABIN

  • D-Max Terrain (2022) kini dilengkapi Monitor PandangaKeliling (Around-View Monitor, AVM) yang menawarkan pandangan 360º sekeliling trak pikap.
  • Ciri itu bukan memaparkan pandangan dari mata burung ketika mengundur, tetapi juga ada pilihan panduan 3D menerusi paparan skrin 9 inci supaya trak lebih mudah dan selamat diparkir.

BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?

Wireless charger
Illuminated scuff plate
  • Perubahan kedu, pengecas wayarles Qi di konsol depan gear untuk keselesaan pemandu.
  • Qi sesuai untuk hampir semua jenis telefon pintar yang membolehkan pengguna mengecas mudah tanpa gangguan kabel pengecas.
  • Pemandu juga boleh menggunakan sambungan Bluetooth untuk menjawab panggilan atau menggunakan sistem navigasi ketika telefon dicas.

BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

KESELAMATAN

D-Max Terrain (2022) dilengkapkan pakej keselamatan termaju untuk melindungi pemandu dan penumpang, seperti:

  • 7 beg udara SRS
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Kawalan Mula Daki (HSA)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Sistem Pintasan Brek (Brake Override System - BOS)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Peringatan Tali Keledar
  • Kamera Undur
  • Sistem Keselamatan Kenderaan (VSS)
  • Monitor Pandang Sekeliling (AVM)

Pakej sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) pula menawarkan ciri perlindungan pintar berbanding model 2021, iaitu:

  • Amaran Pelanggaran Depan (PCW)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Bantuan Pusing
  • Mitigasi Salah Tekan Pedal Automatik (AMPM)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Mitigasi Rempuhan Multi-Brek (Multi-Brake Collision, MBC)

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza 'Auto-Hold Brake (AHB)' dan 'Hill Start Assist (HSA)'?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Teknologi RCTA dalam Sistem Bantuan Pemandu?
BACA >>>  Tentang Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control) yang Lebih Maju dan Cekap

Okazoe with the new X-Terrain
Okazoe (l) with Sogo (r)
Okazoe (l) and Sogo (r) with the new X-Terrain
Okazoe (l) with Sogo (r) 2
ISUZU D-MAX_499
45-J1143-Isuzu-As---8804_BW-HR
45-J1143-Isuzu-As---8804_BW-HR (1)
27-RBE-KV-Frontal-Left-(EO)_RGB_wosportsbar_BW-HR
01-J1143-Isuzu-DMax_01-RBE-Golden-Angle_BW-HR
Around view monitor
Welcome light
Wireless charger
Illuminated scuff plate

Related

328
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Isuzu D-Max X-Terrain (2022), Isuzu Malaysia, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev