• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rapid Penang Laksana Projek Rintis Tambang Guna Kod QR justPay

Rapid Penang Laksana Projek Rintis Tambang Guna Kod QR justPay

June 14, 2022 By Azhan O Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAPID Bus Sdn Bhd (Rapid Bus)
bakal melaksanakan projek rintis sistem percubaan pembayaran terbuka bagi perkhidmatan bas Rapid Penang dalam menyokong hala tuju aspirasi pendigitalan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, sistem pembayaran terbuka justPay yang digunakan untuk projek perintis itu bakal menyediakan alternatif mod pembayaran tambang melalui kaedah pembayaran melalui teknologi kod QR (Quick Response) dan aplikasi e-Wallet.

BACA >>> #BikinKereta: Lelaki Ubah Suai Bas Mini Jadi Surau Bergerak untuk 19 Jemaah

Bagaimanapun proses ujian terhad itu hanya dilakukan di dua laluan dikenal pasti sebagai laluan ujian untuk sistem percubaan tersebut, iaitu Laluan 101 (Weld Quay-Teluk Bahang) dan Laluan 613 (Penang Sentral-Padang Serai).

Proses ujian dijangka selesai Ogos ini. Ujikaji prototaip aplikasi justPay sudah dijalankan beberapa bulan lalu. Justeru fasa seterusnya ialah 'Proof of Concept', melibatkan sampel lebih ramai pelanggan Rapid Penang yang digalakkan mencuba dan menguji keupayaan dan fungsi aplikasi berkenaan.

Semua komen dan peluang penambahbaikan akan diambil kira sebelum sistem ini diaplikasikan sepenuhnya.

Penguji boleh mendaftar di laman web www.justpay.net.my atau muat turun aplikasi justPay daripada Google PlayStore atau App Store. Tarikh penyertaan bermula 18 Jun hingga 17 Ogos ini." kata Muhammad Yazurin.

Aplikasi justPay dibangunkan melalui kolaborasi antara anak syarikat Prasarana, Prasarana Integrated (PRIDE) dan Community Marketplace Technology Sdn Bhd. Penumpang disarankan melayari laman media sosial Rapid Penang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek rintis tersebut.

BACA >>> Rapid Bus Siasat Isu Penumpang Kejar Bas Tapi Pemandu Tutup Pintu
BACA >>> Rapid KL Tambah 15 Laluan Bas Perantara LRT Merah Jambu

SUMBER: SinarHarian

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kod QR, Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Bus Sdn Bhd, Rapid Penang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev