• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Streetfighter V2 (2023) Tambah Warna Baharu, Harga RM77.3k

Ducati Streetfighter V2 (2023) Tambah Warna Baharu, Harga RM77.3k

June 14, 2022 By Aryon Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI mengumumkan skema warna baharu, Storm Green (hijau gelap) untuk roadster Streetfighter V2 (2023) yang akan dijual bersama warna Ducati Red.

Warna baharu itu dapat dilihat pada fairing kepala, kowl enjin, dan panel belakang, manakala rim mendapat kemasan hitam dengan sedikit aksen merah. Selain warna, Ducati turut mengubah pelana yang kini lebih lebar dengan pad diperbaharui. Selain itu, peg kaki diposisikan semula untuk menambah baik keselesaan.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 SP (2022) Diperkenal, Harga Dijangka RM145.8k
BACA >>> #TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

Aspek mekanikal dan ciri kekal tidak berubah dengan mengekalkan rekabentuk diilhamkan daripada Streetfighter V4 seperti lampu utama slik, tangki minyak maskular, pelana step-up, kanister ekzos kompak dan swingarm sebelah. Ini termasuk ciri lampu LED penuh, panel meter TFT berwarna 4.3 inci dan pakej elektronik menyeluruh.

Model ini dijadualkan berada di pasaran antarabangsa, Julai ini pada harga AS$17,495 (RM77,360).

Ciri elektronik unit pengurusan inersia (IMU) 6-paksi, terdiri daripada:

  • ABS Belok
  • Kawalan Traksi
  • Kawalan Wheelie
  • Quickshifter dua hala
  • Kawalan Brek Enjin (EBC)
  • Mod tunggang: Sport, Road dan Wet

Spesifikasi pula seperti berikut:

  • Enjin patuh Euro5 4-lejang dwi-silinder Superquadro 955cc penyejukan cecair berkuasa 153hp @ 10750rpm dan tork 101.4Nm @ 9,000Nm
  • Casis monokok aluminium tuang
  • Suspensi fork terbalik (USD) Showa BPF 43mm (depan) dan monoshock Sachs (belakang)
  • Brek cakera 320mm dengan kaliper radial monoblok Brembo M4.32, tayar Pirelli Diablo Rosso IV

BACA >>> Ducati Team MotoGP Tipu Tekanan Angin Tayar?
BACA >>> Motosikal Klon Ducati Panigale V4, Streetfighter V4, Sepantas 119kmj!

ducati-streetfighter-v1-strom-green-2022-1
ducati-streetfighter-v1-strom-green-2022-2
ducati-streetfighter-v1-strom-green-2022-3
ducati-streetfighter-v1-strom-green-2022-4
ducati-streetfighter-v1-strom-green-2022-5
ducati-streetfighter-v1-strom-green-2022-6

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Streetfighter V2 (2022), Ducati Streetfighter V2 (2023), roadster, roda2, Storm Green

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia
    U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev