• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 30 Jun Ini Hari Akhir Perbaharui Lesen Memandu Tamat Tempoh

30 Jun Ini Hari Akhir Perbaharui Lesen Memandu Tamat Tempoh

June 14, 2022 By Farah Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) supaya memperbaharui lesen memandu masing-masing sebelum 30 Jun ini.

Dalam notis dikongsikan JPJ dalam laman Facebok agensi Kerajaan itu, peringatan itu melibatkan pemegang lesen yang diberikan lanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Januari 2021.

Jenis lesen terlibat ialah:

  • Lesen Belajar Memandu (LDL) - tamat dalam tempoh dua tahun
  • Lesen Memandu Percubaan (PDL) - lebih satu tahun
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) - lebih tiga tahun
  • Lesen Vokasional (PSV/GDL) - lebih tiga tahun

Jika gagal berbuat sedemikian sebelum 30 Jun ini, pemegang lesen boleh didenda kerana tidak memiliki lesen memandu sah. Bagi pemegang yang dibatalkan lesen pula, mereka perlu menjalani semula proses mendapatkan lesen memandu, termasuk mengambil semula ujian memandu.

Moratarium Tamat

Terdahulu, Kementerian Pengangkutan membenarkan pembaharuan lesen memandu ditangguhkan hingga 31 Disember 2021. Justeru mana-mana pemilik lesen memandu yang sudah tamat tempoh sah dibenarkan memandu tanpa dikenakan tindakan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Bagaimanapun, selepas 31 Disember tahun lalu, semakan rekod mendapati masih ramai pemegang lesen memandu tidak memperbaharui lesen memandu masing-masing.

Justeru sesiapa yang didapati memandu dengan lesen tamat tempoh selepas 30 Jun ini akan dikenakan saman kerana memandu tanpa lesen sah.

BACA>>> #TahukahAnda: Berapakah Jenis Lesen Memandu di Malaysia?
BACA>>> #TahukahAnda: Tiga Kategori Lesen Memandu di Belgium

SUMBER: JPJ

Related

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JPJ, Lesen, Lesen L, lesen memandu, lesen memandu Malaysia (LMM), Lesen Memandu Tamat Tempoh, Perbaharui Lesen Memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev