• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suzuki Ertiga Hybrid (2022) Lancar, Hibrid Paling Murah di Indonesia! Harga Mula RM81k

Suzuki Ertiga Hybrid (2022) Lancar, Hibrid Paling Murah di Indonesia! Harga Mula RM81k

June 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Ertiga Hybrid di Indonesia yang dijangka mengubah saingan dalam segmen MPV mampu milik di republik berkenaan.

Berbeza model hibrid lain, model Suzuki itu menggunakan trenkuasa hibrid ringan (mild-hybrid) dengan unit enjin sama seperti generasi sebelum ini, K15B berkapasiti 1,462cc tanpa sebarang tambahan kuasa atau tork.

BACA >>> Honda Buka Tempahan HR-V Serba Baharu, Ada Pilihan Trenkuasa Petrol, Hibrid
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Hibrid-Ringan (Mild-Hybrid)?

Trenkuasa itu disokong pek bateri litium-ion dan Gerator Pemula Bersepadu (ISG) untuk menambah baik kecekapan penggunaan bahan api. Lebih menarik, ada diskaun Rp20 juta (RM6,020) jika membeli MPV itu bulan ini.

Jurujual Suzuki berkata;

Buat masa ini, ada diskaun 20 juta rupiah untuk Ertiga Hybrid. Stok unit juga sudah ada.”

Model itu dipasangkan di kilang Suzuki Indonesia dan dijual bawah harga Rp300 juta (RM90,960), yang juga menjadi kenderaan hibrid paling murah di negara berkenaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?

HARGA

SS
SS
GX
GX

Ada dua varian ditawarkan: Sport (SS) dan GX dalam dua pilihan transmisi automatik 4-kelajuan dan manual 5- kelajuan. Berikut senarai harga asas:

  • Ertiga Hybrid SS (AT) - Rp292.3 juta (RM87,900)
  • Ertiga Hybrid SS (MT) - Rp281.3 juta (RM84,620)
  • Ertiga Hybrid GX (AT) - Rp281.3 juta (RM84,620)
  • Ertiga Hybrid GX (MT) - Rp270.3 juta (RM81,310)

Model ini dijana enjin Suzuki Smart Hybrid 4-silinder 16-injap 1,452cc DOHC VVT berkuasa 103hp @ 6,000rpm, dan tork 138Nm @ 4,400rpm.

BACA >>> Suzuki Kitar Semula Bateri Litium-Ion untuk Lampu Jalan Solar, Eksklusif di Jepun

Suzuki Ertiga Hybrid - 8
Suzuki Ertiga Hybrid - 7

Aspek rekabentuk menunjukkan Ertiga Hybrid (2022) ini nampak tidak banyak berbeza daripada model versi petrol. Bagaimanapun, jika diteliti ada perbezaaan minimalis seperti berikut:

  • Gril depan lebih sporty dengan dominasi tona hitam.
  • Cermin sisi lipat automatik, antena konvensional dan kemasan sisi dan rim baharu dengan warna lebih segar.
  • Ada lencana hibrid dengan pilihan warna baharu, Mellow Deep Red (merah).
  • Ruang kabin menerima perubahan pada paparan multi-info (MID), sama seperti model XL7.
  • Material baharu untuk balutan kerusi dengan warna baharu.
  • Rim 15 inci dengan tayar 185/64. Sistem brek cakera untuk roda depan dan brek dram di belakang.
  • Varian Sport dilengkapi kit badan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Pilih, Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Stereng Bentuk Bulat?
BACA >>> Tiada Turbo, Tiada Transmisi Manual untuk Perodua Alza Serba Baharu!

Suzuki Ertiga Hybrid - 3
Suzuki Ertiga Hybrid - 2
Suzuki Ertiga Hybrid - 5
Suzuki Ertiga Hybrid - 8
GX
GX
Suzuki Ertiga Hybrid - 0
Suzuki Ertiga Hybrid - 6
Suzuki Ertiga Hybrid - 7
Suzuki Ertiga Diagram Hybrid
SS
SS

SUMBER : Suzuki | Kompas 

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, MPV 7 Tempat Duduk, Roda4, Suzuki Ertiga Hybrid (2022), Suzuki Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev