• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sah! Jack Miller Tanda Tangan Kontrak MotoGP 2 Tahun dengan KTM

Sah! Jack Miller Tanda Tangan Kontrak MotoGP 2 Tahun dengan KTM

June 10, 2022 By Shawkath Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KTM mengesahkan juara tiga kali perlumbaan MotoGP, Jack Miller akan menyertai pasukan pengilang mereka untuk musim depan selepas memeterai perjanjian dua tahun dengan pelumba Australia itu.

Spekulasi mengenai Miller mungkin menyertai KTM untuk sebagai pengganti Miguel Oliveira (foto bawah) mula tersebar sejak GP Perancis di Le Mans.

BACA >>> Bagnaia, Miller Dedah Desmosedici GP22 dengan Skema Warna Merah Asli Ducati

Pada masa sama, Ducati pula dilaporkan sedang mencari penunggan Factory baharu untuk menggantikan Miller. Spekulasi bertukar jadi kenyataan selepas pengeluar di Austria mengesahkan status Miller pagi semalam.

BACA >>> Trek Basah Bantu Julang Oliveira Juara Pertama Litar Mandalika!

Miller sudah bersama Ducati selama lima musim termasuk kempen 2022. KTM merupakan pengeluar ketiga Miller selepas debut beliau dalam MotoGP pada 2015 bersama Honda.

Miller juga akan disatukan semula dengan bekas bos Pramac Ducati, Francesco Guidotti yang memulakan karier sebagai Pengurus Pasukan Red Bull Factory Racing sejak awal tahun ini.

Guidotti berkata:

“Dengan adanya Jack di sisi Brad (Binder) dalam pasukan kami menandakan kami adasatu lagi aset kuat. Aku kenal sangat dia, aku tahu cara apa dia suka bekerja dan apa yang boleh dibawa balik kepada kami.

“Aku percaya karakter dia dan cara dia akan tunggang KTM RC16 serta membantu kami dalam banyak perkara di peringkat ini untuk projek kami.

“Sama macam Brad, Jack ini pelumba sejati: dia akan mencari had batasan dan memaksimumkan apa jua keadaan dan sebarang pakej, terus ‘memburunya’ untuk mendapatkan keputusan dan itu suatu kualiti yang sukar ditemui. Dua musim akan datang pasti menyeronokkan.”

Miller memulakan musim 2022 dengan agak baik tetapi pelumba berpengalaman dari Austrlia itu gagal mengekalkan rentak konsisten yang jelas kelihatan pada dua aksi sebelum ini.

BACA >>> Bastianini Kuasai GP Perancis 2022, Muncul Juara Tiga Kali Musim Ini!
BACA >>> Miller: "Inilah Jentera Ducati Terbaik Pernah Dibina"

Miller mengumpul kutipan tiga mata di Mugello dan Barcelona. Salah satu pelumba yang dikatakan mungkin mengisi tempat Miller ialah Jorge Martin selepas mempamerkan aksi sengit di Barcelona dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Miller tenggelam jika dibandingkan pencapaian Enea Bastianini (Gresini) yang merupakan satu-satunya pelumba dengan lebih dua kejayaan sepanjang musim ini. Juara dunia Moto2 2020 itu dianggap sebagai calon pilihan menggantikan Miller di kem Lenovo Ducati.

Miller pernah menyertai program KTM dalam Moto3. Pengarah KTM Motorsport, Pit Beirer (foto bawah) percaya penyertaan Miller adalah penting untuk tim.

Beirer berkata:

“Sudah tentu kami tahu Jack sejak dia membuat kejutan dengan Aki dan program Moto3 kami, dan ini satu penghormatan untuk membawa seorang pelumba dengan kemampuan sepertinya menyertai susunan MotoGP kami.

“Dia meninggalkan kami dengan tanggapan positif dan kami kekal berhubung. Pendekatan dan sikap Jack terhadap perlumbaan adalah hampir sama seperti kami.

“Saya amat gembira bahawa dia kembali ke Red Bull KTM dan dia akan membantu misi kami.”

APA NASIB OLIVEIRA

Oliveira mungkin beralih ke kem LCR Honda tetapi dikhabarnya menaruh harapan untuk bersama pasukan Gresini Ducati.
Bastianini dijangka dipindahkan sama ada ke Factory atau Pramac, maka akan ada satu kekosongan di Gresini.

Oliveira pernah ditawarkan peluang untuk kekal bersama KTM (Tech 3) tetapi dia menolaknya. Desas-desus mengatakan dia ada berbincang dengan Gresini di Catalunya.

Oliveira berkata:

“Misi aku ialah tunggang jentera kompetitif. Itu keadaannya di Ducati buat masa ini. Nampak macam ada satu kekosongan dalam pasukan Gresini.

“Kami ada bermesyuarat, kami mahu saling kenal-mengenali, kami duduk dan berborak. Tak ada apa-apa serius buat masa ini, masa depan aku masih terbuka. Misi aku cuma nak naik sebuah motor yang mampu menang perlumbaan.”

SUMBER: Crash

Related

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 MotoGP, Brad Binder, Ducati Factory, Francesco Guidotti, Gresini Ducati, Jack Miller, KTM RC16, LCR Honda, Pit Beirer, Red Bull Factory Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev