• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

June 10, 2022 By Abang GYL Leave a Comment

697
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V (2022) serba baharu akhirnya bakal dilancarkan tidak lama yang mana tempahan kini sudah dibuka.

Malah saya bersama rakan media lain terlebih dahulu diundang ke Phuket, Thailand untuk memandu uji HR-V (2022) serba baharu, baru-baru ini. Apa yang pasti, SUV subkompak ini tampil lebih cantik dan sedap dipandang berbanding model sedia ada.

BACA >>> #PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

Bagi pasaran Thailand, hanya satu pilihan enjin ditawarkan, 1.5L i-MMD HEV dengan kuasa 129hp, dan tork 253Nm bersama transmisi automatik e-CVT.

Kami jangka pasaran Malaysia bakal menampilkan tiga pilihan enjin: aspirasi natural (NA) 1.5L i-VTEC, 1.5L VTEC Turbo dan hibrid.  Ya, anda tidak salah baca, HR-V (2022) serba baharu ini akan dijana enjin 1.5L VTEC Turbo, sama seperti Civic Turbo (177hp, 240Nm). Enjin NA 1.5L i-VTEC pula menghasilkan kuasa 119hp dan tork145Nm yang mana kedua-dua enjin ini menggunakan kotak gear CVT.

Pandu uji HR-V (2022) serba baharu dari Phuket ke Krabi sebelum kembali semula ke Phuket dengan jarak perjalanan lebih 400km sudah cukup memberikan gambaran penuh mengenai SUV ini.

Bukan sekadar rekabentuk, malah pemanduan juga lebih menyeronokkan, terutama tahap kesenyapan untuk kadar kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH) yang jauh lebih baik berbanding HR-V sedia ada.

Kenapa pula abang Gan cakap HR-V (2022) serba baharu ini lebih bagus dan mampu menjadi SUV Segmen-B paling Win di Malaysia? Apa kata tonton video di atas!

BACA >>> Honda Perkenal HR-V Elektrik di Eropah, Sama Seperti China?
BACA >>> Elak Langgar Tayar Lori, Proton X50 Ini Terbabas dan Remuk Teruk, Tapi Pemandu Selamat

Related

697
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda4 Tagged With: 2022 Honda HR-V Malaysia, Honda HR-V (2022), Honda HR-V 2022 hybrid, Honda HR-V 2022 Malaysia, Pandu uji, Pandu uji Honda HR-V 2022, SUB Subkompak, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my