• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Scania Serah Dua Bas kepada Asrama Felda, MRSM Perak Sebagai Program CSR

Scania Serah Dua Bas kepada Asrama Felda, MRSM Perak Sebagai Program CSR

June 9, 2022 By Farah Leave a Comment

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SCANIA menyerahkan dua unit bas K360IB4x2 kepada Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Maktab Rendah Sains MARA di Trolak, Perak, baru-baru ini.

Serahan dua unit itu dilakukan Eksekutif Jualan Kanan Scania Malaysia, Mohammad Farid kepada Pengarah Pentadbiran FELDA, Siti Zaroha Nasharuddin di Asrama Felda Semai Bakti di Kuala Lumpur.

BACA >>> Kerajaan Perkenal Biodiesel B20 Guna Minyak Sawit untuk Kenderaan Komersial

scania
scania bas

Penyerahan bas ini dibuat menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi memudahkan pengangkutan ulang-alik setiap hari untuk pelajar yang bilangan semakin meningkat di kedua-dua lokasi kemudahan pendidikan tersebut.

Bas itu turut didatangkan bersama pakej Penyenggaraan Inklusif Scania (SIM) selama lima tahun, waranti lanjutan tiga tahun dan Kawalan Sistem Penguruan Flit (FMS) 10.

Koc diserahkan dilengkapi Sistem Banruan Pemandu Termaju (ADAS) Scania sebagai sebahagian platform Teknologi Pengangkutan Selamat dan Pintar yang menawarkan ciri keselamatan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Sistem Brek Elektronik (EBS).

Ciri lain ialah perencat (retarder) dan kawalan cengkaman, Kawalan Pegun Bukit (AHB), dan tiga sensor penggera kebakaran. Kedua-dua koc Scania itu disetkan dalam mod Economy yang membolehkan menikmati penjimatan bahan api terbaik dan pengurangan emisi karbon CO2 selaras inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi).

Mana-mana pelanggan Scania yang membeli koc sebelum 2021 dapat menetapkan mod Economy sebagai tetapan awal pada kenderaan di mana-mana bengkel Scania dibenarkan seluruh negara.

Koc Scania disediakan FAME dan bersedia menggunakan bahan api B20 hingga B100 biodiesel. Ia juga lebih mesra alam, mengurangkan pelepasan global dengan mengurangkan CO2 untuk mengehadkan kesan perubahan iklim. FAME ialah singkatan bagi Fatty Acid Methyl Esters, iaitu istilah teknikal bagi biodiesel dihasilkan di Malaysia.

BACA>>> Perdana Group, Scania Malaysia Meterai Kontrak Selenggara, Baik Pulih Bas Ecolution
BACA>>> Scania Perkenal Barisan Trak Generasi Baharu untuk Pasaran Malaysia

Related

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bas scania, Bas Scania K360IB4x2, CSR, felda, Scania

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev