• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Kawasaki Malaysia Kongsi Foto Kasut ZX5K Boost, Nak Jual Produk Gaya Hidup?

Kawasaki Malaysia Kongsi Foto Kasut ZX5K Boost, Nak Jual Produk Gaya Hidup?

June 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAWASAKI Malaysia mencetuskan satu spekulasi baharu apabila memuat naik sekeping foto model kasut sniker terbaharu ZX5K Boost di laman Facebook rasminya.

Kasut sniker itu adalah produk kerjasama Kawasaki Motor Japan dan Adidas untuk penghasilan sniker dalam koleksi Adidas Originals. Kasut itu sudah dijual menerusi cawangan Adidas di Jepun sejak 14 April lalu pada harga 22,000 yen (RM740).

BACA >>> Kawasaki, Adidas Hasilkan Koleksi Kasut Sniker Ninja, Guna Kulit Kanggaru

Paparan foto kasut sniker itu menimbulkan pertanyaan sama ada Modenas-Kawasaki ada rancangan menawarkan aksesori dan pakaian gaya hidup Kawasaki ke pasaran Malaysia.

Sniker ZX5K Boost memiliki aspek gayaan mirip siri superbike Kawasaki Ninja ZX dan hadir dengan skim warna hitam hijau. Ada juga kemasan berwarna perak di depan dan sisi kasut.

Kawasaki ZX 5K Boost - 0
Kawasaki ZX 5K Boost - 1
Kawasaki ZX 5K Boost - 2
Kawasaki ZX 5K Boost - 3

Di Jepun, ada satu lagi model kasut dalam siri koleksi Adidas Originals iaitu ZX 8000. Kasut berasaskan material kulit kangaru itu lebih sesuai untuk orang muda meskipun bergaya klasik. Harganya lebih murah iaitu 16,500 yen (RM555).

Ada laporan menyatakan kasut sniker sama dijual di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Kesatuan Eropah dan Thailand. Jualan juga dibuat menerusi rangkaian Kawasaki. Ada harapan ZX5K Boost akan masuk ke Malaysia?

Tiada pengumuman rasmi sama ada Modenas-Kawasaki benar-benar mahu melengkapkan tawaran produk gaya hidup sebagai pelengkap bisnes motosikal di Malaysia.

BACA >>> Kawasaki Elektrode (2023), Basikal Elektrik Kanak-Kanak, Harga Mula RM4.8k!
BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Dua Model Basikal, Lebih Mahal daripada Ninja ZX-25R
BACA >>> Kenapa Kawasaki Tak Nak Hasilkan Kapcai?
BACA >>> Orang Kuat Kawasaki Jepun: "Penunggang Motosikal Malaysia Suka Full-Throttle!"

SUMBER FOTO: Ultimatemotorcycling

Related

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Adidas Originals, Kawasaki Adidas ZX 8000, Kawasaki Motor Japan, Kawasaki Ninja ZX, Modenas Kawasaki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev