• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Baru 6 Bulan Keluar Penjara, Bekas Banduan Kembali Aktif Curi Kenderaan

Baru 6 Bulan Keluar Penjara, Bekas Banduan Kembali Aktif Curi Kenderaan

June 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

631
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEPAS enam bulan keluar penjara, seorang bekas banduan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri kenderaan di beberapa kawasan di Selangor dan Perak.

Suspek lelaki warga tempatan itu berumur 46 tahun ditahan kira-kira jam 3 petang, 5 Jun lalu di kawasan perumahan Flat Sri Sabah, Cheras di Selangor. Tangkapan itu membawa kepada penemuan lapan kenderaan disyaki dicuri.

BACA >>> Proton Wira Paling Banyak Dicuri Sepanjang Jan-Jun 2019
BACA >>> Polis Buru Suspek Curi Van Jenazah di Perlis

Bekas Banduan Curi 8 Kenderaan - 2
Bekas Banduan Curi 8 Kenderaan - 1

Dia dipercayai bergiat aktif mencuri kenderaan lapan unit kenderaan di Cheras, Pudu, Sri Petaling dan Teluk Intan (Perak). Polis pada 2 Jun 2022 menerima laporan kehilangan kenderaan jenis Proton Iswara di Taman Miharja, Cheras pada 2 Jun 2022.

Selepas membuat risikan, polis menahan suspek berkenaan. Suspek dibebaskan dari Penjara Kajang pada Januari lalu dan semakan polis mendapati dia memiliki beberapa rekod jenayah termasuk mencuri kenderaan serta kes dadah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata:

"Susulan tangkapan itu, polis mengesan dan merampas beberapa kenderaan iaitu empat unit Proton Iswara, Proton Saga (dua), sebuah van Nissan Vanette dan sebuah Proton Wira.”

Suspek direman selama empat hari hingga 9 Jun 2022 di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau menasihati orang ramai supaya menjaga harta benda masing-masing terutama menggunakan kunci tambahan untuk kenderaan yang diparkir di luar kawasan kediaman.

SUMBER: Polis Cheras

Related

631
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bekas Banduan Curi Kenderaan, Curi Kenderaan, Muhammad Idzam Jaafar, Polis Cheras

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev