YAMAHA Motor mengumumkan Fabio Quartararo akan kekal bersama pasukan Yamaha Factory Racing MotoGP untuk dua tahun lagi bagi Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 dan 2024.
Quartararo dikatakan mempamerkan skil terbaik, kepercayaan dan konsisten sepanjang dua tahun bersama Yamaha Factory Racing Team sepanjang kejuaraan dunia itu.
Kerjasama kedua-dua pihak itu membuahkan hasil apabila pelumba itu merangkul gelaran juara pada MotoGP 2021. Malah musim pertama selaku pelumba pasukan pengilang menyaksikan Quartararo mendahului saingan kutipan mata musim ini dengan 122 mata, lebih lapan mata berbanding pencabar terdekat, Aleix Espargaro (Aprilia Racing).
Pelumba Perancis itu kini memenangi enam perlumbaan dan 14 podium bersama pasukan Monster Energy Yamaha sepanjang MotoGP 2021 dan 2022. Dua tahun sebelum ini, ketika bersama pasukan satelit, Quartararo memenangi tiga perlumbaan dan 10 podium.
Antara penyumbang kepada kejayaannya ialah 16 kali berada grid depan (pole) dan 38 kali memulakan perlumbaan di barisan depan sepanjang 59 GP menerusi jentera YZR-M1.
Semua kejayaan itu dibantu bakat terpendam, personaliti ceria dan motivasi dimilikinya yang membuatkan Yamaha yakin meneruskan kerjasama dengan pelumba muda berumur 23 tahun itu.
BACA >>> Quartararo: "Bukan Masalah Aku Pelumba Yamaha Lain Bergelut"
BACA >>> Jika YZR-M1 Masih Masalah, Quartararo Tinggalkan Yamaha?
Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis berkata;
Kami amat gembira mencapai satu perjanjian dengan Fabio untuk terus bersama pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP untuk 2023 dan seterusnya.
“Kami bawa Fabio ke pasukan pengilang tahun lalu selepas mengetahui dia ada bakat istimewa, tetapi beliau pula mendahului jangkaan kami.
“Beliau sudah sudah menunjukkan bakat dan kepantasan sepanjang dua tahun bersama pasukan satelit SRT pada 2019 dan 2020, tetapi apabila beliau melangkah ke pasukan pengilang, kami melihatnya semakin meningkat dan matang sebagai pelumba.”
Quartararo pula berkata;
Aku memang gembira nak bagitau korang semua, aku akan kekal dengan Yamaha untuk dua tahun lagi.
“Yamaha percaya kat aku dari awal lagi dan ini suatu benda aku tak pandang ringan. Dipendekkan cerita, perjanjian baru ini satu keputusan besar. Aku sekarang dalam detik penting karier, sebab itulah aku ambil masa lebih sikit sebelum buat keputusan tepat.
“Aku percaya projek Yamaha MotoGP dan aku rasa Yamaha ini betul-betul bermotivasi. Dan, sekarang kami boleh sahkan secara rasmi keputusan untuk kekal bersama dan fokus sepenuhnya untuk musim sekarang.
“Aku nak cakap terima kasih kepada semua orang keliling aku, yang bantu aku dan selalu beri sokongan, tak lupa juga peminat yang sentiasa bersorak. Aku betul-betul hargai semua sokongan tu.
BACA >>> Quartararo: Semua Motor Honda Laju Belaka
BACA >>> Espargaro: "Tanpa Aku, Belum Tentu Aprilia Boleh Capai Tahap Macam Sekarang"
BACA >>> Kontrak Sah Hingga 2023, Dorna Mahu Jumpa, Tak Gembira Hasrat Suzuki Keluar MotoGP
BACA >>> Ducati Team MotoGP Tipu Tekanan Angin Tayar?
SUMBER: FIM
Leave a Reply