CAJ kesesakan dilihat sebagai antara cara terbaik membantu kesesakan di kawasan bandar besar. Kaedah itu sebenarnya sudah diparktikkan di beberapa bandar besar luar negara seperti Singapura, London (Britain), Stockholm (Sweeden) dan Milan (Itali).
Antara tujuan mengenakan bayaran ke atas pengguna kenderaan adalah mengurangkan perjalanan waktu puncak, kesesakan jalan raya dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
BACA >>> Nak Buang Air Besar, Tapi Lebuh Raya Sesak Teruk, Pemuda Ini Nekad Jalan Kaki 5km!
BACA >>> Polis Tahan Pemandu Civic Masuk Lorong Motosikal Elak Sesak
Persoalan sekarang, adakah pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bersedia jika pendekatan itu dikuat kuasa dalam tempoh 10 tahun lagi selepas sistem jaringan pengangkutan awam menyeluruh siap sepenuhnya?
APA PANDANGAN PAKAR?
Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Madya Marlina Suzana Jaafar berkata, masyarakat perlu sedar kenderaan pensendirian adalah punca utama kesesakan.
Katanya lagi, tindakan penambahan atau melebarkan jalan raya bukan penyelesaian kepada pengurangan kesesakan tetapi menambahkan lagi bilangan kereta persendirian yang akan memburukkan situasi.
Langkah itu termasuk menyiapkan infrustruktur sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan untuk membolehkan penggunaan pelbagai mobiliti lain seperti basikal, skuter dan berjalan kaki selain memperkenal zon rendah karbon.
BACA >>> Jalan Sesak Akibat Kemalangan, Graduan USM Nekad Tahan Motor ke Majlis Konvo
BACA >>> Laluan Pintas Gopeng ke Kuala Kangsar Akan Dibina Elak Sesak, Nahas Terowong Menora
Marlina Suzana berkata;
Penambahbaikan harus menuju ke arah 'modal split' atau 'modalshare', iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang.
"Walaupun ramai berpandangan ia tidak sesuai dilakukan di negara kita yang panas, tetapi dengan adanya kreativiti kita mampu mewujudkan infrustuktur selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut.”
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menyatakan Kerajaan dijangka menimbang untuk melihat semula struktur bayaran meletak kenderaan dalam bandar selepas projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 siap kelak.
BACA >>> Peta Laluan MRT3 Didedahkan, Bakal Atasi Masalah Pengangkutan Awam Lembah Klang
Ini termasuk melihat keperluan mengenakan fi alam sekitar dan bayaran kesesakan kenderaan apabila sistem jaringan pengangkutan awam lengkap diwujudkan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Safizahanin Mokhtar pula menyarankan kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
Mengambil contoh pelaksanaan caj kesesakan di kota London, ia mengambil tempoh 10 tahun kajian terperinci termasuk mengkaji pergerakan pengguna dari lokasi tertentu dan diikuti beberapa kawasan dipilih untuk dilaksanakan percubaan projek itu.
"Pada awalnya, ada bantahan, namun perlaksanaan itu dilakukan secara perlahan hingga pengguna sendiri merasai impak, iaitu pengangkutan awam bas secara tiba-tiba lebih efektif mengikut jadual perjalanan kesan tiada kesesakan trafik, sekali gus memupuk pengguna memilih mod pengangkutan alternatif.”
BACA >>> Pengangkutan Awam, Basikal dan Jalan Kaki Cara Elak 50 Juta Kematian Jalan Raya Setahun
Beliau berkata, kualiti jalan raya utama di ibu kota berada antara tahap D (sederhana) dan tahap F (gagal) untuk menampung bilangan kenderaan disebabkan pertambahan tinggi hingga berlaku kesesakan teruk.
Kenyataan itu dibuat berdasarkan hasil laporan Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) 2018 dikeluarkan Kementerian Kerja Raya (KKR).
Tambahnya lagi, laporan itu turut disokong laporan The Asean Secretariat 2017 yang menyatakan rakyat Malaysia memiliki kenderaan persendirian kedua tertinggi, sebanyak 896.7 kenderaan bagi 1,000 penduduk selepas Brunei berbanding Thailand, Indoensia dan Vietnam.
BACA >>> #SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Kita Tidak Perlu Lagi Kereta Nasional Baharu!
BACA >>> Jangan Terkejut, Malaysia Sudah Ada Prototaip Kereta Terbang!
BACA >>> Motosikal 150cc ke Atas Akan Wajib Ada ABS!
SUMBER: Bernama
Leave a Reply