• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bas 'Sapu' Restoran, Pelanggan Masih Sempat Suapkan Makanan

Bas 'Sapu' Restoran, Pelanggan Masih Sempat Suapkan Makanan

June 1, 2022 By Farah Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA pelanggan sebuah restoran nyaris dirempuh sebuah bas yang mengundur tiba-tiba hingga 'menyapu' sebuah kereta BMW dan sebuah restoran di Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang, baru-baru ini.

Rakaman kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.

Dalam rakaman itu, dua pelanggan sedang menjamah makanan, manakala dua lagi pekerja sedang sibuk memasak sebelum tiba-tiba masing-masing melarikan diri apabila sebuah bas bersama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mengundur dan merempuh restoran tersebut.

Insiden itu turut menyebabkan semua bahan masakan, tempat masak, periuk, tong gas dan kerusi serta meja jatuh berselerakan.

Apa mencuri tumpuan, salah seorang pelanggan tersebut masih sempat menyuapkan makanan kr dalam mulut ketika berlari, dan seorang lagi sempat melarikan telefon bimbitnya sebaik saja melihat kenderaan itu mengundur.

Hahaha... Jangan bazir makanan. Lari siap dengan chopstick," tulis Alvin Au.

"Benda dah lama order. Lepas tu baru dapat. Sekurangnya sempat la sesuap dulu. Nak order lagi kang kedai tak tahu buka balik bila 😂," tulis Ben Adzam

"Pak cik tu kata tiada orang boleh hentikan saya dari daging ini.. haha," tulis Dennis Lee.

Punca kejadian dipercayai disebabkan brek tangan rosak dan difahamkan empat kenderaan lain turut rosak dilanggar bas itu.

Dalam satu rakaman dashcam milik kenderaan lain, kereta BMW dalam video itu diparkir bersebelahan restoran tersebut.

Screenshot 2022-06-01 at 12.40.34 PM
284714456_340453334983833_7530381151329153245_n
281737280_340453308317169_4157978701285538919_n
281801824_340453324983834_3908079822233488027_n

BACA>>> Brek Buat Hal, Lori Rempuh 9 Kenderaan, 3 Cedera di Lebuh Raya ELITE
BACA>>> Bas Tanpa Pemandu Langgar Pokok Hingga Tumbang, 4 Kereta Rosak

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bas, bas hino, brek tangan, Kemalangan Bas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev