OLA Electric menganggap skuter elektrik jenama itu sebagai model paling maju dengan model paling premium ialah S1 Pro.
Bagaimanapun, dakwaan kononnya itulah model paling maju mula menimbulkan curiga berikutan beberapa pemilik mula berkongsikan pengalaman pemilikan masing-masing yang tidak berapa 'indah'.
BACA >>> Ola S1 - Skuter Elektrik Teknologi Tinggi, Ada Arahan Suara, Harga Mula RM4.5k!
BACA >>> Kes Bateri Terbakar: Ola Electric Panggil Balik 1,441 Skuter Elektrik di India
Pertama, aspek kualiti kiriman unit baharu S1 dan S1 Pro dikaitkan dengan jarak tunggangan singkat, mudah rosak, hilang keupayaan mengecas dan insiden skuter mengundur luar kawalan hingga menyebabkan kecederaan. Malah ramai pemilik S1 Pro berkongsi foto mendedahkan fork depan skuter yang tertanggal sepenuhnya.
Semuanya bermula dengan foto menunjukkan kerosakan S1 Pro milik seorang individu di Twitter dengan imej fork tercabut sepenuhnya daripada casis.
Pemilik skuter itu, Anand Lavakumar mendakwa kejadian berlaku ketika dia menunggang model tersebut dan secara tidak sengaja merempuh dinding ketika mendaki bukit dalam kelajuan 25kmj.
@OlaElectric @bhash
The front fork is breaking even in small speed driving and it is a serious and dangerous thing we are facing now, we would like to request that we need a replacement or design change on that part and save our life from a road accident due to poor material usd pic.twitter.com/cgVQwRoN5t— sreenadh menon (@SreenadhMenon) May 24, 2022
Pemilik lain, Fasil pula memuat naik foto skuter S1 Pro merah yang juga menunjukkan fork tercabut.
Beberapa sumber mendakwa penggunaan tiub logam nipis sebagai lengan suspensi sebagai penyebab insiden fork depan mudah rosak dalam jangka masa singkat. Malah, material digunakan juga kurang sesuai untuk kegunaan lasak akibat faktor tekanan.
Salah satu insiden besar adalah membabitkan Maheshwari dari Jodhpur yang cedera kepala dan lengan apabila skuternya tiba-tiba mengundur pada kelajuan penuh hingga merempuh dinding.
Mangsa dilaporkan menerima 10 jahitan di kepala dan terpaksa dimasukkan dua plat besi untuk memulihkan tulang lengannya retak. Satu lagi kes sama berlaku di Guwahati yang menyebabkan seorang penunggang muda retak tulang.
Apabila ditanya mengenai kemalangan di Guwahati, Ola Electric cuma mengulas insiden itu bukan berpunca akibat kegagalan brek, tetapi kecuaian penunggang.
BACA >>> Fikir Untung, Guna Komponen Kualiti Redah Punca Skuter Elektrik Terbakar di India
BACA >>> Kes Skuter Elektrik Terbakar di India: Sel, Modul Bateri Jadi Punca?
BACA >>> Lagi Kes Maut Akibat Bateri Skuter Elektrik Meletup di India
BACA >>> Kes Kebakaran: India Minta Pengeluar Tangguh Lancar Skuter, Motor EV Tahun Ini
SUMBER: BikeAdvice
Leave a Reply