PERSAMAAN pasaran Amerika Syarikat (AS) dan negara kita adalah minat terhadap van atau kenderaan pelbagai guna (MPV). Di sana, memang tiada Toyota Vellfire dan Alphard, tetapi bersepah dengan pelbagai model lain.
Tiada Vellfire, tiada masalah, tetapi pengguna AS ditawarkan dengan Toyota Sienna. Sejarah MPV kategori minivan itu bermula sejak 1997 dan sudah terjual lebih 2.2 juta unit!
BACA >>> Toyota Sienna (2021) Kini Enjin Hibrid dengan Rekabentuk Ilham Kereta Api Shinkansen
BACA >>> Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat
Sienna di pasaran sekarang ialah model generasi keempat yang diperkenalkan pada 2020, dan direka studio Toyota di California dan Michigan. Sienna menggunakan platform TNGA-K yang hadir dalam rekabentuk sporty. Sekali pandang ibarat Camry saiz XXL.
Terbaharu Toyota memperkenalkan Sienna 25th Anniversary Edition (2023) dalam edisi terhad sebanyak 2,525 unit sahaja. Model ini dibina berasaskan Sienna XSE yang dilengkapi beberapa kelengkapan dalaman daripada Sienna Limited dan beberapa komponen eksklusif lain.
Berikut ciri Sienna 25th Anniversary Edition (2023):
- Enjin 2.5L Dual VVT-i Hybrid dengan transmisi ECVT.
- Pilihan pacuan roda depan (FWD) dan semua roda (AWD).
- Rim 20 inci XSE warna gelap.
- Bampar depan dan belakang XSE agresif.
- Suspensi XSE talaan sport.
- Rel bumbung.
- Set Audio Premium dengan pembesar suara JBL, sistem navigasi.
- Pengecas wayarles dan konverter 1500watt.
- Cermin luar dengan memori, automalap, lampu suluhan (puddle lights), boleh lipat automatik, dan fungsi undur dengan condong ke bawah.
- Kerusi kulit hitam dengan sulaman benang perak.
- Kerusi depan dengan fungsi pemanas dan pengudaraan serta memori.
- Sil pintu iluminasi.
- Karpet kaki 25th Anniversary.
- Sarung kunci hitam dengan sulaman benang perak dan logo 25th Anniversary.
- Lencana logo, cermin sisi dan antena hitam.
- Dua warna pilihan, Celestial Silver (perak) dan Wind Chill Pearl (putih).
Di AS, Sienna (2023) ditawarkan dalam varian LE, XLE, XSE, Woodland Edition, Limited dan Platinum.
Dari segi teknologi pemanduan, semua varian dilengkapi teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense 2.0 (TSS 2.0) yang terdiri daripada sistem Kawalan Jelajah Dinamik (DCC) Halaju Penuh, Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan Bantuan Stereng, Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan sebagainya.
Harga belum didedahkan. Sebagai rujukan Sienna XSE (2022) dijual pada harga AS$42,825 (RM187,550).
BACA >>> Permintaan Jadi Realiti, Toyota GR Supra Manual 6-Kelajuan Diperkenal!
BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!
Leave a Reply