HONDA DD70 pernah dikenali sebagai 'Putera Raja' di Vietnam kerana menampilkan rekabentuk maskulin yang bersegi dan kini masih menjadi buruan peminat kapcai negara itu disebabkan faktor harga semakin meningkat.
Portal tempat Zing melaporkan, Honda C70 Econo-Power dihasilkan di Jepun sejak 1969 hingga akhir abad ke-20. Model itu ada beberapa nama sebutan lain, antaranya 'Ratu Merah' atau 'Merah DD'.
BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
BACA >>> Kenapa Kawasaki Tak Nak Hasilkan Kapcai?
'Merah DD' dibawa masuk ke Vietnam pada lewat 1970-an ketika negara itu berdepan detik sukar akibat konflik perang. Pada masa itu, motosikal bukan hanya dilihat sebagai kenderaan semata-mata, tetapi juga aset berharga.
Malah laporan sama menyamakan pemilik 'Merah DD' sekitar 1970-1980-an di Vietnam dengan pemilik supercar masa kini. Buat masa ini, kapcai Honda C70 dianggap sebagai motosikal langka (rare) dan sering diselit dalam senarai motosikal klasik yang diminati ramai pengumpul koleksi kenderaan.
Pengumpul motosikal antik di Hanoi, Vietnam, Do Quang Tu dengan bantuan rakannya berjaya memujuk seorang pemilik menjual Honda DD (1998) dengan jarak perbatuan mencapai 6,500km.
Quang Tu berkata;
Pemilik sebelum ini tinggal di kawasan tanah tinggi dan cuaca di situ agak baik. Malah, dia tahu cara menjaga motosikal dan model tersebut berada dalam kondisi cukup baik ketika tiba di Hanoi.
“Komponen krom masih berkilat dengan warna badan merah masih cantik walaupun usianya sudah menjangkau 24 tahun digunakan.”
BACA >>> eCub - Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub
DD70 dilengkapi pelana kembar terbal untuk keselesaan dengan penghidup tendang, manakala panel spidometer berbentuk segiempat yang disertakan bersama slot kunci mekanikal.
Rekabentuk petak juga membabitkan lampu signal belok dan sistem suspensi depan disorokkan dalam fairing yang dikatakan lebih senyap dengan fungsi masih lancar.
Blok enjin C70 Deluxe berkapasiti 72cc ketika itu dianggap sebagai agak baik pada zaman tersebut. Enjin karburetor 4-silinder 2-injap itu menggunakan transmisi klac automatik 3-kelajuan, manakala kelajuan maksimum 85kmj. Penggunaan bahan api mampu mencapai jarak 60km untuk seliter petrol.
Menjelang 1982, C70 Deluxe memperkenalkan teknologi enjin lebih cekap bahan api, iaitu 80km per liter dengan blok enjin dipanggil Econo-Power. Model keluaran 1998 hingga 1999 itu juga dianggap sebagai zaman emas Honda Super Cub C70 Deluxe sebelum dihentikan pengeluaran.
Quang Tu mendakwa motosikal itu kini dianggarkan berharga kira-kira 700 juta dong (RM132,110) dan menjadi model diminati ramai pengumpul motosikal, lebih-lebih lagi model berwarna merah.
BACA >>> Yamaha 125ZR 'NOS' Hitam di Vietnam Ini Mahu Dijual RM89.9k!
BACA >>> Suzuki RGV 120 (1999) 'NOS' Tidak Pernah Isi Petrol Ini Cecah Harga RM184k!
BACA >>> Mat Motor Vietnam Ini Mahu Jual Super Cub 82 pada Harga RM90k!
BACA >>> Pelik Tapi Benar, Harga Honda Winner X di Kedai Motor Vietnam Ikut Harga Pengeluar
SUMBER: Zing
Leave a Reply