• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bikin Kereta Guna VR, Dacia Guna Input Pengguna untuk Reka Kerusi Kereta

Bikin Kereta Guna VR, Dacia Guna Input Pengguna untuk Reka Kerusi Kereta

July 5, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DACIA
ialah jenama kereta rakyat yang bernaung di bawah Renault Group. Antara model popular jenama itu ialah Logan, Sandero dan Duster.

Ketiga-tiga model tersebut mewakili segmen sedan, hatchback dan kenderaan utiliti sukan (SUV). Satu lagi model yang barudiperkenalkan ialah Jogger yang berada dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV).

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza

Walaupun memegang status Sebagai kereta rakyat, itu tidak bermakna proses merekabentuk menggunakan kaedah biasa.

Dacia baru-baru ini berkongsi proses pembangunan Jogger yang menggunakan realiti maya (VR) untuk memudahkan kerja. Teknologi VR adalah perkara biasa dalam pembangunan kenderaan masa kini kerana banyak menjimatkan sumber, tenaga dan masa.

Dacia menggunakan platform maya dikenali sebagai Cave Automatic Virtual Environment (CAVE). Kaedah itu membolehkan seseorang bergerak mengelilingi kenderaan seawal fasa rekabentuk dan jurutera dapat menguji model tersebut sebelum prototaip fizikal dihasilkan.

CAVE berada di Pusat Teknikal Titu di Romania dan dimanfaatkan kakitangan pembangunan Dacia untuk mengoptimumkan praktikaliti dan keluasan yang menjadi ciri popular Jogger.

Pusat Teknikal Titu adalah kemudahan pengujian Renault Group yang kedua terbesar dunia dengan kelengkapan canggih seperti kebuk pengujian dan sebagainya.

Titu sebenarnya cuma bandar kecil dengan jumlah penduduk tidak sampai 10,000 orang dan berada 45 minit dari Bucharest, Romania. Berikut ciri CAVE digunakan Dacia:

  • Teknologi ideal untuk mengesahkan skematik model baharu sebelum prototaip fizikal pertama dihasilkan.
  • Video stereoskopik dipancarkan ke lima dinding yang membolehkan pengguna bergerak mengelilingi kenderaan termasuk berada dalam kabin seperti model skala sebenar.
  • Berdasarkan interaksi dan maklum balas, rekabentuk kenderaan boleh diubah hanya dengan beberapa klik saja.
  • Perubahan boleh dibuat terperinci daripada resolusi 6 juta piksel yang membolehkan pelbagai ujian dibuat seperti ciri ergonomik pada suis papan pemuka, kebolehlihatan sekeliling kenderaan, keselesaan dan rekabentuk keseluruhan.

Dacia berkongsi secara spesifik bagaimana CAVE membantu dalam pengujian tempat duduk baris ketiga Jogger. Dalam proses itu, 13 pengguna, terdiri daripada pelbagai latar belakang, dipilih bagi memberikan maklum balas. Senario maya dibentuk seperti berikut:

  • Pemanduan pasif dalam persekitaran luar seakan pemanduan sebenar.
  • Pengesahan statik (kebolehlihatan, ergonomik dan rekabentuk).
  • Persepsi fizikal (keselesaan dan keselamatan).

Hasil penglibatan dan maklum balas, tempat duduk baris kedua Jogger dianjak ke depan 20mm yang menjadikan tempat duduk baris ketiga sangat selesa buat penumpang. Bayangkan, perubahan itu dibuat hasil penggunaan maya dan bukan selepas wujudnya model fizikal!

Penggunaan CAVE menjadikan falsafah Dacia lebih mudah untuk dihasilkan. Ia membolehkan pengesahan dapat dibuat dengan cepat, berbilang ujian, interaksi dengan pelanggan dan pengurangan kos. Justeru kita dapat memahami pentingnya maklum balas pengguna dalam proses pembangunan sesebuah kereta.

Juga sama penting ialah perkakasan yang sesuai supaya perubahan dapat dibuat seawal mungkin sebelum kereta dijual di pasaran. Dari segi kos, penggunaan CAVE memberikan penjimatan lebih €2 juta (RM9.1 juta) setiap tahun!

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Dacia Boleh Jual Kereta dengan Harga Murah?
BACA >>> Nissan Juke Hybrid dengan Kacuk Transmisi Renault!

Cave Automatic Virtual Environment
Cave Automatic Virtual Environment.01
Cave Automatic Virtual Environment.02
Cave Automatic Virtual Environment.03
Cave Automatic Virtual Environment.04
Cave Automatic Virtual Environment.05
Cave Automatic Virtual Environment.06
Dacia Jogger
Dacia Jogger.01
Dacia Jogger.02
Dacia Jogger.03
Dacia Jogger.04
Dacia Jogger.05
Dacia Jogger.06
Dacia Jogger.07
Dacia Jogger.08
Dacia Jogger.09
Dacia Jogger.10
Dacia Jogger.11
Dacia Jogger.12
Dacia Jogger.13
Dacia Jogger.14
Dacia Jogger.15

Related

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, CAVE, Cave Automatic Virtual Environment, Dacia, Dacia Jogger, Renault Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev