• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / DeLorean Alpha5 - Model Ikonik Kini Kembali dalam Versi Elektrik dengan Pintu Sayap Camar

DeLorean Alpha5 - Model Ikonik Kini Kembali dalam Versi Elektrik dengan Pintu Sayap Camar

May 31, 2022 By Shawkath Leave a Comment

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DELOREAN berkongsi imej awal kenderaan elektrik (EV) Alpha5 yang akan ditayangkan di acara permotoran Pebble Beach Concours d’Elegance 2022, 18 Ogos ini.

Model original DeLorean dihasilkan pada 1981 dengan jumlah pengeluaran kira-kira 9,000 unit sahaja. Model itu menjadi terkenal selepas digunakan sebagai mesin masa dalam filem blockbuster Back to the Future (1985).

BACA >>> DeLorean Muncul Semula? Foto Acah EV Pertama Didedahkan, Debut 18 Ogos Ini?

DeLorean-Alpha5 (2023) - 14
DeLorean-Alpha5 (2023) - 16

Bagaimanapun, firma DeLorean Motor Company yang ditubuhkan pada 1995, tiada kaitan langsung dengan pengeluar asal jenama itu, juga dengan nama DeLorean Motor Company yang diasaskan John DeLorean pada 1975.

Pengeluar asal diisytiharkan muflis pada 1982, tetapi logo dan inventori alat ganti asal dibeli firma baharu itu yang menawarkan perkhidmatan servis dan restorasi model lama DeLorean.

DeLorean Motor Company baharu kemudian menjalin kerjasama dengan firma rekabentuk Italdesign untuk projek menghasilkan Alpha5. Ada laporan mendakwa Italdesign juga pernah terlibat dalam rekabentuk DeLorean lama.

BACA >>> Isuzu Impulse RS Turbo (1991) - Kereta Sport Jepun yang Dapat Talaan Lotus

DeLorean-Alpha5 (2023) - 8
DeLorean-Alpha5 (2023) - 9

Rekabentuk model EV itu masih mengekalkan ciri ikonik seperti pintu sayap burung camar dan anak tingkap belakang.

Model DeLorean sebelum ini ialah kereta dengan konfigurasi kerusi 2+2 dan dijana trenkuasa petrol V6. Alpha5 pula mengekalkan konfigurasi tempat duduk sama, tetapi dikuasakan motor elektrik. Bagaimanapun , tiada butiran lengkap dikongsi mengenai sistem motor elektrik berkenaan.

BACA >>> Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!

DeLorean-Alpha5 (2023) - 13
DeLorean-Alpha5 (2023) - 12

Berikut perincian Alpha5:

  • Memerlukan masa 3.4 saat untuk mencapai kelajuan 0-100kmj. Kelajuan maksimum dihadkan pada 241kmj.
  • Pek bateri 100kWh menawarkan jarak pemanduan hingga 483km untuk varian asas yang menandakan kehadiran model perdana.
  • Memiliki dimensi panjang 4,995mm, lebar 2,044mm dan tinggi 1,370mm (pintu ditutup).
  • Pengeluaran akan dibuat di Itali, manakala trenkuasa elektrik dibekalkan vendor dari Britain.
  • Hanya 88 unit akan dihasilkan.

BACA >>> Inilah Rupa Kereta dalam Filem Popular Selepas 'Dimurahkan'
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Kereta Pernah Tenggelam Banjir?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bas Sekolah Warna Kuning?

DeLorean-Alpha5 (2023) - 4
DeLorean-Alpha5 (2023) - 3
DeLorean-Alpha5 (2023) - 6
DeLorean-Alpha5 (2023) - 5
DeLorean-Alpha5 (2023) - 7
DeLorean-Alpha5 (2023) - 10
DeLorean-Alpha5 (2023) - 15
DeLorean-Alpha5 (2023) - 13
DeLorean-Alpha5 (2023) - 12
DeLorean-Alpha5 (2023) - 11
DeLorean-Alpha5 (2023) - 0
DeLorean-Alpha5 (2023) - 2
DeLorean-Alpha5 (2023) - 1

SUMBER: Motor 1 | Electrek

Related

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Delorean Alpha5, Italdesign, John DeLorean, Kenderaan Elektrik (EV), Pebble Beach Concours d’Elegance (2022), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev