• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi Quattro RR (1990) Kondisi Baik dengan Perbatuan 52,500km Ini Dilelong RM467k!

Audi Quattro RR (1990) Kondisi Baik dengan Perbatuan 52,500km Ini Dilelong RM467k!

June 21, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT automotif biasa dihidangkan dengan berita hero rali Jepun, seperti Mitsubishi Lancer Evolution dan Subaru Impreza dijual pada harga tinggi.

Jenama Eropah pun sama naik sebenarnya dan satu contoh boleh ditunjukkan ialah Audi Quattro. Dalam arena rali, Audi Quattro dipandu pelumba handalan seperti Hannu Mikkola dan Stig Blomqvist yang menang Kejuaraan Rali Dunia (WRC) 1983 dan 1984.

BACA >>> Pecah Rekod Pelumba WRC Tertua Dunia, Atuk 91 Tahun Masuk Semula Rali!
BACA >>> Peugeot 405 T16 (220hp) - Sedan Prestasi Pertama Peugeot yang Pernah Menang WRC

Teknologi pacuan Quattro terus berevolusi hingga ke hari ini pada model-model terbaharu Audi. Di Britain, sebuah Audi Quattro RR dibuka untuk bidaan di rumah lelongan Classic Car Auctions (CCA) pada 18 Jun lalu.

Daripada gambar dikongsikan, Audi Quattro RR (1990) itu berada dalam kondisi sangat baik dengan perbatuan hanya 52,500km. Model itu diperkenalkan pada 1989 dan menjadi varian pembangunan terakhir siri legenda tersebut. Ia digerakkan enjin 20-injap 5-silinder 2,226cc berkuasa 220hp dengan kelajuan maksimum 230kmj.

Unit yang dibuka untuk bidaan itu mempunyai sejarah istimewa. Ia dihantar terus ke rumah pembeli selepas beliau meminta pengedar Audi mencarinya. Unit tersebut dibekalkan terus dari VAG dengan usia tiga bulan dan pada masa itu (November 1990) mempunyai jarak perbatuan 6,809km.

Fail sejarah unit itu juga lengkap dengan MOT (pemeriksaan kenderaan Britain) sejak awal yang mengesahkan perbatuan pada odometer. Turut dibekalkan ialah Audi Wallet asal dengan jadual penyenggaran dicap (stamp) dan pelbagai maklumat lain seperti senarai harga 1990.

Ada lagi barang diberikan! Peta jalan RAC tahun 1987 dan kaset Eric Clapton yang boleh dimainkan dalam pemain kaset asal Blaupunkt. Pemiliknya jelas menjaga rapi kereta ini yang siap diselubungkan selimut Audi dan sentiasa disimpan dalam garaj.

Dari segi penyenggaraan, tali sawat aci (cambelt) sudah ditukar pada perbatuan 1,931km, manakala roda pula baru diperbaharui.

Menurut CCA, tidak sampai 300 unit Quattro RR pemanduan sebelah kanan (RHD) dikeluarkan. Justeru dengan perbatuan rendah dan hanya dimiliki seorang pemilik, unit unik ini memang istimewa.

CCA juga memaklumkan harga Audi Quattro sedang meningkat naik dan pada 2021 sebuah unit paling mahal berjaya direkodkan pada harga setinggi £163,125 (RM880,620)! Berapa pula harga bidaan unit Audi Quattro RR ini pula? Ia dijual pada harga lebih rendah, cuma £86,625 (RM467,610). Memang berbaloi!

BACA >>> Audi, Rakan Kongsi Mula Projek Rintis Kitar Semula Cermin Kereta Rosak
BACA >>> Audi A6 Avant e-tron Concept Pamer Evolusi EV Gaya Wagon!

Related

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Audi, Audi Quattro, Audi Quattro RR, Audi Quattro RR (1990), Classic Car Auctions, Classic Car Auctions (CCA), lelong, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my