• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan Pemandu Wira Memandu Sambil Tayang Pistol Mainan RM2.40

Polis Tahan Pemandu Wira Memandu Sambil Tayang Pistol Mainan RM2.40

May 30, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menahan pemandu Proton Wira berumur 28 tahun kerana memandu sambil menayang pistol mainan berharga RM2.40 ke luar tingkap kereta itu.

Perbuatan itu dilakukan berhampiran Pusat Beli-Belah One Utama menghala ke Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sekitar jam 6.15 petang. Aksi tersebut juga sempat dirakamkan pengguna jalan raya lain yang kemudian tular di media sosial.

BACA >>> Remaja Guna Nombor Plat Janda Kena Tahan Polis
BACA >>> Rompak Bank untuk Beli Superbike Impian, Selepas Dua Hari Sudah Kena Tangkap

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/05/Proton-Wira-Pistol-Mainan.mp4

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata;

Pada jam 7.03 malam 29 Mei lalu, polis menerima laporan mengenai seorang lelaki sedang memandu kereta jenis Proton Wira merah mengeluarkan pistol dari tingkap dan menghalakan ke atas.

"Bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 10 malam sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya telah menahan seorang lelaki tempatan di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.”

Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu dan mendakwa pistol tersebut cuma mainan. Beliau menambah;

"Suspek mendakwa pistol mainan berharga RM2.40 itu adalah milik anak buahnya yang berumur empat tahun dan sedang bermain dengan anak buahnya itu ketika kejadian.”

Susulan itu, polis merampas kereta Wira dan pistol mainan hitam coklat untuk membantu siasatan. Suspek juga ada satu rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan direman dua hari bermula Isnin untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 26 Akta Senjata 1960.

BACA >>> Kena Denda RM2,000 Sebab Pindah 21 Lembu Tanpa Izin
BACA >>> Video Babi Tolak Baldi Halang Laluan Curi Perhatian
BACA >>> Pak Cik Drebar Bas Tewaskan Mat Motor Bersenjata Parang, Siap Bawa ke Balai Polis

SUMBER: Sinar Harian | TrafficInfoCrew

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Senjata 1960, autoterkini, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, Proton Wira, Pusat Beli-Belah One Utam, Tayang Pistol Sambil Pandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev