ADA sekurang-kurangnya 22 syarikat pemula (start-up) di India yang menawarkan produk motosikal elektrik kepada pelanggan di negara itu.
Bagaimanapun, bukan semua firma start-up memiliki sokongan pembiayaan kukuh, kepakaran dan kecekapan pembuatan serta amalan etika tinggi dalam menghasilkan sesebuah produk automobil di India.
BACA >>> Warga Emas Maut Skuter EV Meletup dalam Rumah di India, Kualiti Bateri China Diragui?
BACA >>> Lagi Kes Maut Akibat Bateri Skuter Elektrik Meletup di India
Situasi menjadi lebih buruk apabila tiada garis panduan khusus dalam bidang teknologi kenderaan elektrik (EV), termasuk campur tangan Kerajaan, sekali gus menyebabkan kewujudan pengeluar yang cenderung memikirkan keuntungan semata-mata. Perkara itu terdedah dalam beberapa siri kebakaran motosikal EV di banyak tempat di India, termasuk kes yang meragut nyawa. Khabarnya, kecuaian dan sikap lepas pandang itu sudah mula berubah.
Menteri Pengangkutan dan Lebuh Raya India, Nitin Gadkari kini mengarahkan Pusat Keselamatan Alam Sekitar, Letupan dan Kebakaran (CFEES) untuk menyiasat siri kebakaran membabitkan skuter elektrik.
LIMA FIRMA EV DISIASAT
Ada lima syarikat terpalit dalam kes kebakaran EV dan ancaman bahaya di India, iaitu Pure EV, Boom Motors, Ola Electric, Jitendra EV dan Okinawa Autotech.
Pihak Berkuasa Pelindungan Konsumer Pusat (CCPA) di bawah Kementerian Hal Ehwal Kesatuan Pengguna awal bulan ini menghantar notis undang-undang kepada dua pengeluar skuter EV, Pure EV dan Boom Motors. Notis itu menuntut dua syarikat berkenaan memberikan penjelasan mengenai isu produk terbakar (merujuk kes April lalu).
BACA >>> Kes Skuter Elektrik Terbakar di India: Sel, Modul Bateri Jadi Punca?
BACA >>> Kes Kebakaran: India Minta Pengeluar Tangguh Lancar Skuter, Motor EV Tahun Ini
Notis sama turut dihantar kepada Ola Electric, Jitendra EV dan Okinawa Autotech.
CFEES di bawah Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) menjalankan siasatan dengan penyertaan Institut Sains India di Bengaluru. Siasatan bersama itu membabitkan pemeriksaan semua kes kebakaran EV seluruh India yang mana hasil laporan mengejutkan banyak pihak.
Berdasarkan laporan siasatan, DRDO mendakwa setiap kes EV terbakar, pengeluar mungkin menggunakan material binaan murah dan berkualiti rendah hingga menyebabkan sel dan modul bateri rosak. Kementerian dikatakan mengarahkan wakil Pure EV, Boom Motors, Ola Electric, Jitendra EV dan Okinawa Autotech datang memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Kerajaan India dilaporkan akan mengeluarkan garis panduan mengenai kualiti kepada semua pengeluar EV.
BACA >>> Geram Rosak Selepas 6 Hari, Pemilik Heret Skuter Elektrik dengan Keldai Pusing Bandar
BACA >>> Bukan 120km, Tapi Boleh Tunggang 44km Saja, Pemilik Nekad Bakar Skuter Elektrik
BACA >>> Kes Bateri Terbakar: Ola Electric Panggil Balik 1,441 Skuter Elektrik di India
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Boleh Terbakar Selepas Kemalangan?
BACA >>> Segala Tentang 'Panggil Balik' (Recall) yang Perlu Anda Tahu
SUMBER: RushLane
Leave a Reply