TRIUMPH Motorcycles Malaysia (Triumph Malaysia) melancarkan model advencer Tiger 1200, sekali gus melengkapkan barisan produk jenama itu untuk pasaran tempatan.
Ada dua varian dibawa masuk, iaitu Rally Explorer dan GT Pro. Berikut perinciannya:
HARGA
- GT Pro: RM115,900 (foto kanan)
- Rally Explorer: RM130,900 (foto kiri)
* Harga tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
KARAKTER
- GT Pro direka untuk tunggangan jalan biasa dan kembara.
- Rally Explorer menjanjikan keseronokan tunggangan atas permukaan jalan biasa dan off-road.
TRENKUASA
- Trenkuasa 4-lejang 12-injap 3-silinder sebaris 1,160cc DOHC penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api multipoin (MPI) berkuasa 148hp @ 9,000rpm, dan tork 130Nm @ 7,000rpm (naik 8Nm).
- Output kuasa ada tambahan 8.87hp berbanding model generasi terdahulu.
- Transmisi manual 6-kelajuan dengan sistem klac antigelincir (Assist & Slipper, A&S) dengan sistem pacuan jenis syaf.
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ubah Suai Ekzos Tidak Boleh Tambah Kelajuan Motosikal?
BINAAN
- Frem keluli diperkuat dengan material aluminium, lebih ringan 5.4kg berbanding model lama.
- Subfrem aluminium dan peg kaki pembonceng boleh tanggal untuk ditukar baharu jika rosak.
- Swingarm sebelah baharu jenis tri-link diposisi sebelah kanan yang lebih kuat dan lebih ringan 1.5kg berbanding model lama. Sebelah kiri menempatkan rod syaf.
RIM DAN TAYAR
GT Pro
- Rim tetuang aluminium 19 inci (depan), 18 inci belakang.
- Tayar Metzeler Tourance 120/70 (depan), 150/70 (belakang).
Rally Explorer
- Rim jejari tiubles 21 inci (depan), 18 inci (belakang).
- Tayar Metzeler Karoo Street 90/90 (depan), 150/70 (belakang).
KAPASITI TANGKI MINYAK
- GT Pro - 20 liter
- Rally Explorer - 30 liter
DIMENSI
Panjang
- GT Pro - 2,245mm
- Rally Explorer - 2,296mm
Lebar
- GT Pro dan Rally Explorer - 849mm (bar hendal), 982mm (Gard tangan)
Jarak Roda
- GT Pro dan Rally Explorer - 1,560mm
Berat Basah
- GT Pro - 245kg
- Rally Explorer - 261kg
Pelana
- GT Pro - 850mm-870mm
- Rally Explorer - 875mm-895mm
MOD TUNGGANGAN
- GT Pro: 5 opsyen (Road, Rain, Sport, Rider- boleh kustom).
- Rally Explorer: 6 opsyen (sama seperti GT Pro dengan tambahan mode Off-Road Pro).
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cakera Brek Depan Lebih Besar daripada Belakang?
SISTEM BREK
- Sistem brek cakera kembar 320mm dengan kaliper Brembo M4.30 Stylema monoblok (depan).
- Cakera tunggal 282mm dengan kaliper Brembo piston tunggal (belakang).
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ABS Belok.
- Panel meter digital 7 inci TFT dengan konektiviti My Triumph Connectivity System.
- Sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dengan kunci stereng, pencucuhan dan pembuka katup minyak.
- Set lampu LED penuh dengan lampu siang (DRL) dan ada Lampu Belok Aktif (ACL).
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Fork Boleh Bocor, Rosak?
- Pemanas grip tangan untuk kedua-dua model, dan pelana (untuk Rally Explorer).
- Ada port USB bawah pelana dan sistem kawalan jelajah elektronik.
- Ciri Brek Pegun Bukit (AHB) didatangkan sebagai ciri standard.
- Rally Explorer dilengkapi Sistem Radar Titik Buta (bawah cermin sisi) dan Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS).
- Kedua-dua varian dilengkapi dwi-tongkat, gad tangan dan kowl enjin aluminium.
- Rally Explorer ada tambahan bar pelindung untuk enjin dan tangki minyak. Ada pemanas pelana penunggang dan pembonceng.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) Showa 49mm semi-aktif dengan jarak travel 200mm (GT Pro) dan 220mm (Rally Explorer).
- Monoshock Showa semi-aktif boleh laras automatik prabeban elektronik, manakala jarak travel sama seperti fork depan.
BACA >>> Masalah Nat Brek Longgar: Triumph Panggil Balik Speed Triple RR, RS (2022)
BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
Leave a Reply