• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: X1/23 (1974) - Inilah 'Datuk' kepada Kereta Elektrik Fiat

#RetroAuto: X1/23 (1974) - Inilah 'Datuk' kepada Kereta Elektrik Fiat

May 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

721
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DAHULU, banyak pengeluar automotif tidak berapa berminat mendekati segmen kenderaan elektrik (EV) hingga beberapa tahun kebelakangan ini. Perlu diakui, model EV yang dihasilkan juga tidak sebanyak pengeluaran enjin pembakaran dalaman (ICE).

Namun, ada banyak model konsep kereta EV menarik pernah dipamerkan yang mencuri tumpuan ramai. Salah satu model yang pernah menjadi topik perbualan hangat era dahulu ialah Fiat X1/23 (1974).

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Kerusi Kanak-Kanak yang Anda Perlu Tahu

Fiat X1:23 - 9
Fiat X1:23 - 6

Cumanya, Fiat X1/23 ditayangkan pada Pameran Motor Turin di Itali pada 1974 sebagai kereta kompak 2-kerusi dengan dijana 100 peratus trenkuasa elektrik.

Model itu muncul 15 tahun lebih awal sebelum Panda diperkenalkan. Sebagai makluman, Panda Elettra ialah kereta kompak berkuasa bateri pertama Fiat yang diperkenalkan pada 1990.

BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!

KRISIS MINYAK

Fiat X1:23 - 10
Fiat X1:23 - 4

Krisis minyak 1970-an menjadi antara pendorong kepada pengeluar automotif dunia melabur dalam kajian dan penyelidikan (R&D) kereta kompak dengan sumber tenaga alternatif bagi menggantikan enjin konvensional berasaskan bahan api fosil.

Pada 1972, Gian Paolo Boano menghasilkan model konsep kereta kompak untuk Centro Stile Fiat dengan nama City Car dan ditayangkan di Pameran Motor Turin pada tahun sama.

BACA >>> China Hasilkan MINI Cooper Klasik Versi Elektrik?

Fiat X1:23 - 11
Fiat X1:23 - 3

City Car (1972) memiliki dimensi panjang 2,640mm, lebar 1,510mm dan tinggi 1,340mm. Malah model itu dilihat sebagai produk formal berbanding konsep teknikal dan Fiat khabarnya tidak mendedahkan maklumat atau perincian enjin.

Dua tahun berlalu, muncul pula varian elektrik dinamakan X1/23 (1974), dan kali ini, Fiat berkongsi foto dengan perincian maklumat sistem trenkuasa. Model itu dipasangkan bampar dan panel sisi getah sebagai pelindung. Dua ciri itu dikatakan menyambung semula kajian yang pernah dijalankan mengenai konsep Fiat ESV (Kenderaan Keselamatan Eksperimen).

BACA >>> Fiat Hanya Akan Buat Kereta Elektrik Bermula 2030

Fiat X1:23 - 12
Fiat X1:23 - 8

Trenkuasa bawah bonet ialah unit motor elektrik arus terus (DC) yang mampu menghasilkan kuasa 13.5hp, manakala pek bateri jenis nikel-zink 70-90Wh, ditempatkan belakang kereta untuk mengimbangi berat dengan jarak pemanduan maksimum 70km.

X1/23 (1974) adalah antara kereta bandar pertama dilengkapi sistem penyaman udara kerana model itu menggunakan tingkap kekal dan hanya cermin kecil belakang boleh dibuka dengan sudut bukaan terhad.

Kewujudan X1/23 (1974) memberi manfaat selepas digunakan sebagai asas ciptaan sistem trenkuasa EV lain seperti Panda Elettra sejak 1990, diikut Cinquecento Elettra, Seicento Elettra dan 500e.

BACA >>> Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol
BACA >>> Pereka China Cipta Motor Terbang DIY Selepas 1,559 Kali Buat Ujian

Fiat X1:23 - 1
Fiat X1:23 - 8
Fiat X1:23 - 9
Fiat X1:23 - 0
Fiat X1:23 - 6
Fiat X1:23 - 11
Fiat X1:23 - 10
Fiat X1:23 - 2
Fiat X1:23 - 3
Fiat X1:23 - 4
Fiat X1:23 - 5
Fiat X1:23 - 12

SUMBER: InsideEEV

Related

721
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Centro Stile Fiat, fiat 500e, Fiat Cinquecento Elettra, Fiat ESV, Fiat Panda, Fiat Panda Elettra, Fiat Seicento Elettra, Fiat X1/23, Gian Paolo Boano, Kenderaan Elektrik (EV), Kereta Kompak Bandar, Pameran Motor Turin, Retro Auto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev