• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu Brek Parkir Tiba-Tiba Bebas: Hyundai Panggil Balik Ioniq 5, Kia EV6

Isu Brek Parkir Tiba-Tiba Bebas: Hyundai Panggil Balik Ioniq 5, Kia EV6

May 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

351
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI akan memanggil balik 10,729 unit kereta elektrik (EV) Ioniq 5, manakala Kia turut mengambil langkah sama untuk 9,014 unit EV6 berhubung masalah sistem brek.

Menurut laporan, masalah itu ada kaitan dengan sistem Shift-by-wire yang boleh menyebabkan kenderaan dalam posisi gear parkir (P) terbebas dan menggelongsor dari petak parkir.

BACA >>> HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!

Bagaimanapun, Hyundai belum menerima aduan mengenai kejadian seperti itu di Amerika Syarikat (AS), tetapi sudah memulakan siasatan disebabkan kejadian sama membabitkan Ioniq 5 (4 kes) dan Kia EV6 (1 kes) di Korea Selatan.

Pemilik terlibat dalam kes itu mendakwa kereta mereka menggelongsor ketika diparkir di kawasan cerun atau berbukit selepas enjin dimatikan.

Justeru siasatan dibuat dan Hyundai mendapati naik turun voltan mungkin menjejaskan signal arahan darioada Unit Kawalan Penganjak (SCU) yang mengoperasikan sistem Shift-by-wire.

Apabila berlaku, ia boleh menyebabkan tuas parkir terbebas sementara. Sebagai mankluman, tuas parkir ialah satu pin dalam transmisi atau sistem pacuan sesebuah kenderaan yang berfungsi menghalang kenderaan bergerak selepas diparkirkan.

Siasatan Hyundai juga mendapati Genesis GV60 dan GV80 EV juga bermasalah sama dan akan menghubungi pemilik Ioniq 5 dan EV6 menerusi e-mel bermula 10 Julai nanti. Pemilik akan diminta menyerahkan kenderaan masing-masing kepada pengedar terdekat untuk menaik taraf perisian SCU percuma.

Hyundai juga menasihati pemilik sedia ada supaya memarkir di permukaan landai dan mengelak meletakkan kenderaan di kawasan curam atau bukit hingga selesai proses baik pulih sistem.

BACA >>> Segala Tentang 'Panggil Balik' (Recall) yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang 'Recall' Kereta yang Perlu Anda Tahu? Apakah Pula 'TSB'?
BACA >>> #TahukahAnda: Cas EV di Stesen DC BMW di Malaysia, Berapakah Anda Perlu Bayar?

SUMBER: CarScoops

Related

351
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Genesisi GV80 EV, Hyundai Genesis GV60, Hyundai Ioniq 5 (2022), Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), Kenderaan Elektrik (EV), KIA EV6, Panggil Balik, Recall Hyundai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev