• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Labur Besar untuk Kilang Enjin Pembakaran Dalaman di Amerika!

Toyota Labur Besar untuk Kilang Enjin Pembakaran Dalaman di Amerika!

May 31, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA sudah beroperasi di Amerika Syarikat (AS) lebih 60 tahun, dan impak ekonomi diberikan juga besar dengan menggajikan lebih 39,000 pekerja dalam pelbagai operasi.

Kakitangan Toyota di sana terlibat dalam bidang rekabentuk, kejuruteraan dan pemasangan dengan mengeluarkan hampir 32 juta unit kenderaan di sembilan fasiliti seluruh AS.

BACA >>> Toyota HEV: Kenapa Teknologi Hibrid Toyota Berbeza?
BACA >>> 5 Ciri Toyota GR Corolla (2022) yang Lebih Berkuasa daripada GR Yaris!

Dalam era elektrifikasi, Toyota bakal melabur AS$383 juta (RM1.70 bilion) di empat kilang AS yang akan mengeluarkan enjin untuk model Toyota dan Lexus. Pelaburan itu dibuat untuk enjin 4-silinder, termasuk pilihan bagi kenderaan hibrid di negeri seperti Alabama, Kentucky, Missouri dan Tennessee.

Di sinilah kelebihan enjin pembakaran dalaman yang boleh digunakan untuk kereta biasa atau pakej trenkuasa hibrid.

Toyota Alabama $222 juta (RM975 juta)

Di kilang ini ,Toyota akan mewujudkan empat barisan pengeluaran baharu bagi mengeluarkan enjin pembakaran dalaman dan trenkuasa elektrik hibrid. Saiz fasiliti juga akan meningkat kepada 114,000 kaki persegi yang juga pembesaran bangunan kali keenam sejak 2003.

Toyota Alabama mempunyai kapasiti pengeluaran 900,000 enjin setahun dengan pelaburan hampir AS$1.5 bilion (RM6.5 bilion).

Toyota Kentucky AS$16 juta (RM70.3 juta)

Toyota akan meningkatkan lagi fleksibiliti barisan pengeluaran enjin 4-silinder supaya dapat memenuhi permintaan pelanggan. Kemudahan pengeluaran trenkuasa di kilang ini mampu menghasilkan hingga 600,000 unit setahun. Dari segi lokasi, Toyota Kentucky ialah kilang Toyota terbesar dunia dengan mengeluarkan tujuh model Toyota dan Lexus.

Kilang ini turut mengeluarkan trenkuasa 4- dan 6-silinder. Secara keseluruhan, pelaburan di sini berjumlah AS$8.5 bilion (RM37.2 bilion).

Toyota Missouri AS$109 juta (RM479 juta)

Pelaburan di sini melibatkan peralatan baharu bagi menghasilkan kepala enjin 4-silinder di tiga barisan pengeluaran. Kilang ini mempunyai kapasiti pengeluaran lebih tiga juta unit kepala silinder setiap tahun dengan jumlah pelaburan hampir AS$564 juta (RM2.5 bilion).

Toyota Tennessee: $36 (RM158 juta)

Toyota Tennessee akan meningkatkan perkakasan bagi membina blok enjin empat silinder baharu. Kilang ini mempunyai kapasiti bagi menghasilkan lebih dua juta unit blok enjin setiap tahun.

Pelaburan yang telah dikeluarkan di kilang ini berjumlah AS$425 juta (RM1.86 bilion)

Komitmen pelaburan Toyota di AS

Tahun lalu, Toyota mengumumkan pelaburan baharu bernilai AS$5.1 bilion (RM22.4 bilion) dalam operasi pengeluaran sebagai sokongan kepada program elektrifikasi. Toyota mempunyai satu pegangan iaitu pengeluaran di lokasi menjual dan menyokong ekonomi setempat.

Inilah sebab kita dapat melihat kilang pengeluaran Toyota dibuka di banyak negara termasuk Malaysia sejak sekian lama.

BACA >>> GRMN Yaris (2022) Lancar dengan Ekstra Kuasa, Lebih Eksklusif Berbanding GR Yaris!
BACA >>> 5 Ciri Menarik Toyota Noah, Voxy (2022) Baharu, Harga Mula RM97k!

Pelaburan Toyota di AS 2022.01
Pelaburan Toyota di AS 2022.02
Pelaburan Toyota di AS 2022.03
Pelaburan Toyota di AS 2022.04
Toyota Alabama Enjin Turbo Berkembar.01

Related

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Enjin Pembakaran Dalaman (ICE), kilang toyota, Toyota, Toyota Amerika Syarikat, Toyota USA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev