• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mir, Rins Bincang dengan HRC Minta Peluang Sertai Honda Musim Depan?

Mir, Rins Bincang dengan HRC Minta Peluang Sertai Honda Musim Depan?

May 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RANCANGAN Suzuki meninggalkan arena Kejuaraan Dunia MotoGP akhir musim ini bakal menyebabkan kesan domino kepada pembukaan jendela penghijrahan pelumba. Memang benar kerana dua pelumba Suzuki Ecstar dikhabarkan masih belum menemui kem baharu untuk musim depan.

Bagaimanapun, HRC dilaporkan sedang berbincang dengan Joan Mir dan Alex Rins yang mencetuskan spekulasi, adakah Honda bakal menerima dua pelumba baharu musim depan?

BACA >>> Sah! Suzuki Bincang dengan Dorna Hasrat Tinggalkan MotoGP Akhir Musim Ini
BACA >>> Suzuki Tarik Diri MotoGP Hujung Musim Ini?

Suzuki minggu lalu menyatakan hasrat meninggalkan MotoGP akhir 2022 yang bukan saja m,engejutkan peminat dan pemerhati sukan permotoran sedunia, tetapi termasuk pelumbanya sendiri Mir dan Rins.

Malah, Rins dilaporkan menangis selepas menerima berita tergempar itu kerana sudah membawa jenama itu selama enam tahun.

Mir pula, yang memberi Suzuki kemenangan pada 2020, marah dengan keputusan pengeluar itu, kerana dia juga sedang mencari pasukan baharu untuk mengekalkan diri dalam MotoGP.

BACA >>> Bastianini Kuasai GP Perancis 2022, Muncul Juara Tiga Kali Musim Ini!

Atas trek, kedua-dua pelumba Suzuki Ecstar itu kekal mempamerkan prestasi konsisten musim ini dan menjadi antara pelumba tumpuan beberapa pasukan dalam beberapa minggu akan datang.

Mir dikhabarkan semakin rapat dengan Repsol Honda untuk menggantikan posisi Pol Espargaro, manakala Rins pula dikaitkan dengan dua pasukan, iaitu Aprilia Racing dan WithU Yamaha RNF MotoGP.

Namun, apa mengejutkan, dua pelumba itu dikatakan sedang berbincang mengenai menandatangani kontrak dengan HRC dan berita itu disahkan bos Repsol Honda, Alberto Puig (foto atas).

Sudah tentu, dua pelumba itu (Mir dan Rins) dapat berita (Suzuki mahu tarik diri), aku fikir mereka sudah berhubung semua orang (pasukan-pasukan utama MotoGP). Mereka juga hubungi kami. Sudah tentu, mereka minta kami peluang untuk sertai musim depan dan kami akan dengar apa yang mereka mahu perkatakan. Ini memang jelas.

“Jujur cakap, polisi kami langsung tak berubah. Kami sebenarnya ada buat keputusan lama dah, tahun ini kami ambil masa sikit untuk tunggu dan lihat.

“Melihat pasaran pelumba, menimbang semua kemungkinan, melihat pelumba muda dan menilai pelumba yang kami ada. Tetapi kami tidak akan terburu-buru buat keputusan. Tiba-tiba timbul berita (Suzuki) di Jerez, yang benar mengejutkan semua pihak.

“Ini tidak mengubah misi atau konsep apa kami mahu, atau waktu untuk buat keputusan. Tapi cara kami berurusan dengan apa kami mahu tahun depan sudah dirancang sebelum situasi Suzuki berlaku dan itu tidak mengubah strategi kami.”

BACA >>> Mir Puas Hati Suzuki GSX-RR Kini Lebih Laju
BACA >>> Honda Sedang Buru Mir? Status Marquez Masih Misteri
BACA >>> Jika YZR-M1 Masih Masalah, Quartararo Tinggalkan Yamaha?

Related

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alberto Puig, Alex Rins, Aprilia Racing, Auto Terkini, Joan Mir, Kejuaraan Dunia MotoGP, MotoGP, MotoGP 2022, Repsol Honda Team, Suzuki, Suzuki Ecstar, WithU Yamaha RNF MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev