• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus NX (2022) Serba Baharu Diperkenal di Malaysia, Harga Mula RM370k!

Lexus NX (2022) Serba Baharu Diperkenal di Malaysia, Harga Mula RM370k!

May 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEXUS Malaysia mengemas kini tawaran kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan memperkenalkan siri NX serba baharu yang menerima naik taraf signifikan dengan 95 peratus komponen digunakan.

Kemas kini itu dilakukan selepas mengambil kira permintaan jualan yang mana setiap satu daripada tiga unit kenderaan Lexus dijual di Malaysia ialah siri NX. Berikut perincian model NX:

BACA >>> Toyota, Lexus Bakal Lancar 30 Model Elektrik Pelbagai Segmen Menjelang 2030

Lexus NX - 5
Lexus NX - 29

VARIAN DAN HARGA

  • Lexus NX 350 F-Sport - RM389,888
  • Lexus NX 250 Luxury - RM370,888

* Harga atas jalan tanpa insurans.

BACA >>> #Perbandingan: SUV vs Sedan, Mana Satu Lebih Sesuai untuk Keluarga Anda?

TRENKUASA

F-Sport
  • Enjin 16-injap 4-silinder sebaris 2,393cc DOHC Turbo berkuasa 275hp @ 6,000rpm dan tork 430Nm @ 1,700rpm-3,600rpm.
Luxury
  • Enjin aspirasi natural (NA) 4-silinder sebaris 2.5L berkuasa 204hp @ 6,600rpm, dan tork 243Nm @ 4,000-5,000rpm.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kegunaan Gear Rendah dalam Kereta Transmisi Automatik?

TRANSMISI

  • Transmisi automatik 8-kelajuan baharu menggantikan transmisi automatik 6-kelajuan dengan ciri kawalan syif AI yang menggunakan kamera untuk mengimbas laluan di depan dan menyeragamkan paten anjakan gear.
  • Dilengkapi pedal syif jika mahukan pemanduan sporty.

MOD

Lexus NX - 71
Lexus NX - 19

Suis Drive Mode Select pada konsol tengah menawarkan lima mod pemanduan: ECO, SPORT S, SPORT S+, NORMAL dan CUSTOM. Semua mod boleh diubah walaupun kenderaan sedang dipandu.

  • ECO: Melaraskan sistem penyaman udara dan respons terotel yang mengutamakan penjimatan bahan api.
  • SPORT S: Menawarkan daya pecutan lebih bertenaga.
  • SPORT S+: Sama seperti SPORT S, tetapi turut melaraskan Sistem Variable Adatif Suspensi (AVS) dan Stereng Kuasa Elektrik (EPS).
  • NORMAL: Imbangan terbaik antara penggunaan bahan api dan prestasi.
  • CUSTOM: Boleh diubah dengan kombinasi mod untuk trenkuasa, casis dan sistem penyaman udara (pemandu diminta menghentikan kenderaan jika mahu membuat tetapan mod CUSTOM atas faktor keselamatan).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Akuasatah (Aquaplaning), Punca Pemandu Terbabas Ketika Hujan?

SISTEM PACUAN

Lexus NX - 165
Lexus NX - 90
  • Lexus buat julung kali memasang sistem pacuan semua roda (AWB) sepenuh masa kawalan elektronik untuk membantu menambah baik traksi.
  • Sistem AWD itu akan mengubah daya agihan kuasa gandar depan dan belakang daripada nisbah 75:25 menjadi 50:50, mengikut situasi. Sistem itu juga menggunakan teknologi unik untuk mencapai kadar cengkaman optimum dan fiil pengendalian linear.
  • Pemandu akan menyedari perubahan itu menerusi paparan di skrin paparan multi-info (MID).
  • Sistem tersebut turut mengurangkan situasi pembelokan kurang (understeer) atau lebih (oversteer) dengan menawarkan prestasi membelok lebih jitu.

BACA >>> Amerika Perkenal Honda HR-V (2023), Guna Platform Civic FE!

REKABENTUK DAN PLATFORM

Lexus NX - 7
Lexus NX - 27
  • Rekabentuk diperbaharui supaya tampil lebih segar tanpa menghilangkan identiti sedia ada.
  • Ruang depan nampak lebih kukuh dan kemas menerusi rekaan gril spindel baharu dan ditambah spliter bampar depan perak.
  • Lampu projektor LED tiga dimensi (3D) kini mendapat kemasan hitam untuk menyerlahkan rupa depan, dan dilengkapi lampu siang (DRL) bentuk L.
Lexus NX - 26
Lexus NX - 4
  • Garis badan sisi dihadkan hingga hendal pintu belakang, dan tidak lagi ditarik hingga belakang.
  • Bahagian belakang juga tidak lagi memaparkan logo Lexus, tetapi sekadar teks LEXUS untuk menjadikan imej belakang lebih kemas selain perubahan format lampu belakang.
Lexus NX - 75
Lexus NX - 114
  • Menggunakan platform Arkitektur Global Lexus K (GA-K) yang menambahkan dimensi SUV dengan panjang 4,660mm, lebar 1,865mm, dan tinggi 1,670mm, manakala jarak roda 2,690mm (lebih panjang 30mm).
  • Saiz rim 20 inci.
  • Kekuatan casis bertambah 30 peratus.
  • Lantai but bertambah 34mm yang memberi tambahan kapasiti kargo 14 peratus kepada 520 liter. Jika kerusi direbahkan 60:40, kapasiti bertambah kepada 1,411mm.

KABIN

Lexus NX - 55
Lexus NX - 53
  • Mengetengahkan konsep Tazuna yang menyatukan kenderaan dan pemandu dengan menumpukan aspek pemanduan.
  • Dilengkapi unit infotainmen besar 14 inci dengan butang kawalan fizikal. Susun atur, termasuk punat penghidup lebih mudah dicapai tangan.
Lexus NX - 42
Lexus NX - 25
  • Jumlah butang fizikal dikurangkan kepada 45 berbanding 78 sebelum ini yang lebih menumpukan fungsi yang kerap digunakan pemandu.
  • Mudah melakukan sambungan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay atau sambungan wayarles.

KESELAMATAN

Hadir dengan pakej keselamatan Lexus Safety System Plus (LSS+), terdiri daripada:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan fungsi henti-mula (start-off)
  • Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS)
  • Bantuan Papan Tanda Jalan (RSA) untuk membaca halaju papan tanda.
  • Pemantau Pandangan Panaromik (PVM)
  • Sokongan Brek Parkir (PKSB) dengan mengurangkan kuasa enjin dan membrek automatik jika perlu ketika memarkir.

BACA >>> Pemandu Malas Beri Signal Belok, Jalan Raya Jepun Kini Dicat Mesej Ingatan
BACA >>> Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use'
BACA >>> Pakar: Standard Sistem Keselamatan Kenderaan Negara Ketinggalan Zaman

Lexus
Lexus NX - 5
Lexus NX - 29
Lexus NX - 32
Lexus NX - 7
Lexus NX - 4
Lexus NX - 26
Lexus NX - 8
Lexus NX - 9
Lexus NX - 27
Lexus NX - 165
Lexus NX - 164
Lexus NX - 151
Lexus NX - 135
Lexus NX - 78
Lexus NX - 121
Lexus NX - 148
Lexus NX - 125
Lexus NX - 114
Lexus NX - 90
Lexus NX - 71
Lexus NX - 55
Lexus NX - 53
Lexus NX - 48
Lexus NX - 50
Lexus NX - 20
Lexus NX - 23
Lexus NX - 10
Lexus NX - 1
Lexus NX - 2

Related

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lexus Malaysia, Lexus NX 2022, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev