• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Mahu Lancar Tiga Model Baharu, Adakah X90 Masuk Senarai?

Proton Mahu Lancar Tiga Model Baharu, Adakah X90 Masuk Senarai?

May 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA majlis pelancaran Saga (2022) versi dipertingkat (MC2), Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Proton, Dr Li Chunrong mengumumkan hasrat memperkenalkan tiga model baharu dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengumuman itu dibuat sebelum Chunrong mengumumkan senarai harga Saga (2002) baharu yang menimbulkan pelbagai persoalan seperti jenis model dimaksudkan.

BACA >>> Proton Daftar X80, X90, SUV Baharu dan Pengganti Exora Bakal Muncul?

Bagaimanapun, peminat dinasihatkan supaya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menunggu ketibaan model baharu Proton dalam masa terdekat kerana perkara itu tidak akan berlaku tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, tempoh dua tahun itu merujuk tahun 2023 hingga 2024.

Sepatutnya (pelancaran) tahun ini, ikut pelan asal. Jika bukan kerana MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) tahun lalu, sepatutnya suku ketiga tahun ini, tetapi berlanjutan. Kini rakan kami di China pula berdepan perintah berkurung.”

Langkah menangguhkan pelancaran juga sudah tentu ada kaitan masalah bekalan komponen dihadapi industri automotif global, selain harga komponen semakin mahal. Timbul juga tanda tanya mengenai tiga model baharu dimaksudkan Chunrong dan ramalan mengatakan salah-satunya ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi, iaitu Proton X90.

Khabar mengenai X90 bukan lagi rahsia kerana pernah beberapa kali dilihat di jalan raya, termasuk terlibat dalam kemalangan. Mungkin juga jenama smart turut tersenarai sebagai salah satu model yang bakal dilancarkan antara 2023 hingga 2024 nanti. Apapun, kita tunggu dan lihat kejutan Proton kali ini.

BACA >>> Smart #1 - SUV Elektrik Pertama Kerjasama Mercedes-Geely, Bakal Diedarkan Proton?
BACA >>> Proton Bakal Jual Kenderaan EV jenama smart di Malaysia, Thailand
BACA >>> Geely Xingyue L Lancar, Harga Mula RM69k, Mungkinkah SUV 7-Kerusi Pertama Proton?
BACA >>> Proton Kekal Raja SUV, MPV Malaysia Sepanjang Mac 2022

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Li Chunrong, Proton, proton exora, Proton X90, Proton-Smart, Roslan Abdullah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my