• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Skuter Elektrik Yamaha E01 Lakukan Ujian Enduran di Malaysia, Tapi Bukan untuk Dijual?

Skuter Elektrik Yamaha E01 Lakukan Ujian Enduran di Malaysia, Tapi Bukan untuk Dijual?

May 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Jepun mengesahkan Malaysia dipilih sebagai salah satu destinasi menerima ketibaan skuter elektrik penuh E01 selain Thailand, Indonesia dan Taiwan.

Skuter elektrik itu dihantar untuk menjalani beberapa ujian seperti sedang dilakukan di Jepun dan Eropah, sekali gus mengetepikan dakwaan produk itu akan dipasangkan di kilang Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha menumpukan pasaran Asia yang menjadi lubuk terbesar jualan motosikal kapasiti kecil jenama itu sejak sekian lama. Malah Yamaha pernah menyatakan hasrat mahu beralih kepada mobiliti elektrik menjelang 2050.

BACA >>> Yamaha Fokus Penuh Jualan Motosikal, Skuter Elektrik Bermula 2050

Proof of Concept (PoC) E01

  • Skuter Yamaha E01 adalah permulaan untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat dari enam negara terlibat (Jepun, Eropah, Taiwan, Thailand, Malaysia dan Indonesia). Ia cuma projek eksperimen sahaja.
  • Hanya Malaysia dan Eropah menawarkan peluang lebih fleksibel untuk sesi ujian PoC E01, yang membolehkan skuter itu ditunggang di lebuh raya dan jalan biasa.
  • Berdasarkan maklumat, E01 akan dipajak kepada pihak tertentu seperti dilakukan di Jepun.
  • Ini juga peluang terbaik Yamaha Jepun mempelajari prospek, tabiat pemandu dan penunggang, cabaran cuaca dan daya ketahanan mobiliti elektrik dan penggunaannya di negara tersenarai.
  • Yamaha Jepun juga boleh menilai dan memahami cara dan masa mengecas skuter elektrik di negara terlibat.

BACA >>> Yamaha Hasilkan Skuter Elektrik E01 Sama Kuasa Enjin 125cc Tahun Ini?

APA KAITAN E01 DAN NMAX?

  • Memang benar, E01 berkongsi ciri rekabentuk mirip model NMAX, tetapi lebih bergaya moden dan futuristik. Malah saiz kedua-dua model itu seperti miliki ukuran panjang hampir sama.
  • Yamaha Jepun juga menggunakan skuter NMAX 125 sebagai produk perbandingan E01. Kedua-duanya nampaknya berkongsi data kuasa sama.
  • E01 masih nama kod, dan bukan nama model sebenar kerana masih dalam peringkat eksperimen.

BACA >>> Jepun Perkenal Yamaha E01 dengan Jarak Tunggang 104km, Pemilikan Menerusi Skim Pajakan

PERINCIAN YAMAHA E01

  • Didaftarkan sebagai produk kenderaan kompak kategori 125cc.
  • Kelajuan maksimum 100kmj, boleh ditunggang sejauh 100km.
  • Postur tunggangan seperti NMAX yang sesuai untuk tunggangan ke sekolah atau tempat kerja.
  • Ada tiga pilihan mengecas mengikut persekitaran.
  • Data ujian dikumpul melalui talian 3G/LTE.
  • Dimensi panjang 1,930mm, mirip NMAX (1,935mm). Tinggi pelana 755mm.
  • Ada ruang simpanan helmet bawah pelana, seluas 23 liter.
  • Menggunakan sistem penyejukan udara dan magnet kekal dalam unit motor elektrik.
  • Unit motor dipasangkan di belakang bateri litium-ion pada badan skuter.
  • Bateri digunakan jenis tidak boleh tanggal, berkapasiti 4.9 kWh.
  • Unit trenkuasa menawarkan output kuasa 8.1kW (10.8hp) @ 5,000rpm dan tork 30.2Nm @ 1,950rpm.

BACA >>> Yamaha NEO'S - Skuter Elektrik CKD dari Vietnam Ini Bakal Eksport ke Eropah

KAEDAH CAS

Antara karakter rigid skuter ini adalah penggunaan pek bateri tidak boleh tanggal. Pendekatan itu diambil selepas menimbang keperluan untuk ujian dan kekurangan fasiliti pengecasan. Justeru Yamaha menyediakan tiga kaedah mengecas bateri E01, iaitu:

Pengecasan Pantas
  • Masa diperlukan hampir sejam untuk mengecas 0-90 peratus.
  • Penggunaan utama: Dipasangkan di premis pengedar dan syarikat.
Pengecasan Biasa
  • Masa diperlukan hampir 5 jam untuk mengecas 0-100 peratus.
  • Menggunakan sumber kuasa 200-240V.
  • Penggunaan utama: Dipasangkan di rumah, kediaman atau premis.
Pengecasan Mudah Alih
  • Masa diperlukan hampir 14 jam untuk mengecas 0-100 peratus.
  • Menggunakan sumber kuasa 100-240v.
  • Penggunaan utama: Bawa dan cas di rumah, pejabat atau premis.

BACA >>> Kes Kebakaran: India Minta Pengeluar Tangguh Lancar Skuter, Motor EV Tahun Ini
BACA >>> Lagi Kes Maut Akibat Bateri Skuter Elektrik Meletup di India
BACA >>> Warga Emas Maut Skuter EV Meletup dalam Rumah di India, Kualiti Bateri China Diragui?

Related

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Hong Leong Yamaha Motor, roda2, skuter elektrik, Skuter Elektrik Yamaha, Yamaha E01, Yamaha Japan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev