• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Kebakaran: India Minta Pengeluar Tangguh Lancar Skuter, Motor EV Tahun Ini

Kes Kebakaran: India Minta Pengeluar Tangguh Lancar Skuter, Motor EV Tahun Ini

April 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

437
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan India meminta pengeluar kenderaan elektrik (EV) supaya tidak membuat sebarang pelancaran skuter elektrik baharu tahun ini.

Arahan secara tidak rasmi itu dibuat berikutan beberapa insiden skuter India tiba-tiba terbakar. Malah, ada kes kebakaran dan letupan yang menyebabkan kehilangan nyawa.

BACA >>> Warga Emas Maut Skuter EV Meletup dalam Rumah di India, Kualiti Bateri China Diragui?

Ola Electric scooter catches fire in Pune, Maharashtra. Reason not known.

📷 ElectricBikeWale pic.twitter.com/bgsUPfDmqk

— Vandi4u (@Vandi4u) March 27, 2022

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan India, Nitin Gadkari memberi amaran kepada pengeluar kenderaan EV supaya memanggil balik pengeluaran skuter elektrik bermasalah.

Malah beliau juga tidak teragak-agak akan mengambil tindakan jika pengeluar terlibat enggan melakukannya. Setakat ini, hampir 7,000 unit skuter EV dipanggil balik dan hampir separuh ialah produk buatan syarikat Okinawa.

BACA >>> Lagi Kes Maut Akibat Bateri Skuter Elektrik Meletup di India

Terdahulu, sebuah lori dengan muatan 40 skuter EV dilaporkan terbakar, termasuk 20 unit musnah 100 peratus di India. Permintaan supaya tiada skuter dan motosikal elektrik dilancarkan itu bertujuan memberi ruang kepada pihak berkuasa dan pengeluar terlibat untuk mencari punca kebakaran dan menyelesaikan masalahan tersebut.

Nitin juga meminta ditubuhkan jawatankuasa pakar untuk menyiasat insiden kebakaran berkenaan dan mengesyorkan langkah mengelakkan insiden sama berulang.

BACA >>> Bukan 120km, Tapi Boleh Tunggang 44km Saja, Pemilik Nekad Bakar Skuter Elektrik

SENARAI PENGELUAR EV BUAT PANGGILAN BALIK

  • Okinawa: 3,215 unit
  • Pure EV: 2,000 unit
  • Ola : 1,441 unit

Ola S1 Pro ialah model profil tertinggi yang dipanggil balik hingga mengejutkan ramai pemerhati di India. Khabarnya, banyak kes kemalangan melibatkan model itu dilaporkan berlaku seluruh India.

BACA >>> Geram Rosak Selepas 6 Hari, Pemilik Heret Skuter Elektrik dengan Keldai Pusing Bandar
BACA >>> Kes Bateri Terbakar: Ola Electric Panggil Balik 1,441 Skuter Elektrik di India
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha Ego Gear vs Ego Solariz, Apa yang Berubah?

SUMBER: Business Insider

Related

437
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Isu Skuter Elektrik, Kementerian Pengangkutan India, Nitin Gadkari, Okinawa, Ola, Pure EV, Skuter Elektrik India Terbakar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my