• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Minta Rasuah RM20k Elak Ditahan Tiada Surat Kebenaran PKP, Tiga Anggota JPJ Didenda

Minta Rasuah RM20k Elak Ditahan Tiada Surat Kebenaran PKP, Tiga Anggota JPJ Didenda

April 30, 2022 By Wahid Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHKAMAH Sesyen Ipoh mendenda tiga penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak atas kesalahan menerima rasuah.

Setiap tertuduh didenda RM5,000 kerana menerima rasuah RM20,000 pada Jun tahun lalu. Jika gagal menjelaskan denda tersebut, ketiga-tiga pesalah itu boleh dipenjara sebulan.

BACA >>> Kamera GoPro Jadi Mata-Mata JPJ Rakam Pesalah Trafik

Tertuduh meminta wang RM20,000 daripada seorang lelaki dengan tugas rasmi yang meminta ketiga-tiga penguat kuasa itu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu lain. Individu itu dikatakan ditahan kerana membawa muatan arak tanpa surat kebenaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh yang bertugas sebagai Pembantu Penguat kuasa, Unit Peronda Lebuhraya Jelapang JPJ Perak melakukan kesalahan itu di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara jam 10 pagi-1.10 petang pada 6 Jun 2021.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela Muhaimin Aris. Wang rasuah bernilai RM18,650 daripada tiga tertuduh itu juga diminta diletakkan bawah Seksyen 40(1)(a) ASPRM 2009 kepada Kerajaan Malaysia.

BACA >>> Guna Pelekat Khas untuk Elak Ditahan, Pegawai Dapat Rasuah Hingga RM32k Sebulan!
BACA >>> JPJ Promosi Drama Skuad JPJ, Netizen Tanya Ada Adegan Dikejar Tonto Tak?

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, JPJ Rasuah, Mahkamah Sesyen Ipoh, Rasuah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev