• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kupon Harga Lariskan Lagi Pelekat 'P' Malaysia di China, Dua Keping RM13 Sahaja

Kupon Harga Lariskan Lagi Pelekat 'P' Malaysia di China, Dua Keping RM13 Sahaja

April 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

6.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS lama menyepi, pelekat 'P' untuk pemandu yang berjaya lulus ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kembali menjadi topik hangat netizen.

Jika masih ingat, pelekat 'P' JPJ merah itu pernah menjadi barang 'panas’ di platform e-dagang terbesar China, Taobao. Walaupun mencecah harga sekitar RM19, pelekat itu kekal laris dengan purata jualan 56 pelekat setiap bulan.

BACA >>> #TahukahAnda: Rupanya Inilah Maksud Sebenar di Sebalik Pelekat Kereta Jepun

Terbaharu, ada laporan mengatakan peniaga atas talian mengadakan promosi jualan pelekat menggunakan kupon yang membolehkan pembeli mendapatkan dua pelekat pada harga 19.99 yuan (RM13.10).

Di Malaysia, ramai pemandu kita sebolehnya tidak mahu pelekat itu terpampang pada cermin depan dan belakang kereta, apatah lagi membayar pada harga setinggi itu. Jadi kenapa laris di China?

Mungkin mereka sanggup membayar harga pelekat 'P' dari Malaysia semahal itu untuk dijadikan hiasan kereta masing-masing. Pelekat tersebut mungkin memberikan kepuasan diri seakan mendapat barang langka yang tidak semua orang memilikinya.

Samalah seperti peminat kereta Jepun di Malaysia yang sanggup mencari pelekat dari negara sana yang kononnya menunjukkan mereka peminat JDM (pasaran domestik Jepun) sejati.  Walhal sesetengah pelekat itu adalah untuk golongan kurang upaya di sana. Tak percaya baca SINI.

BACA >>> #SembangDeras: Trend Pelekat Lucah, Pemandu Tak Rasa Malu Ke?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Tanggalkan Pelekat Motosikal Tanpa Kesan
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Tanggalkan Pelekat Cukai Jalan Atas Cermin Kereta

SUMBER: Hype | Taobao

Related

6.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pelekat P JPJ, Pelekat P Malaysia, Taobao

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my