• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Tip Mudah Tanggalkan Pelekat Cukai Jalan Atas Cermin Kereta

#ApaNakBuat: Tip Mudah Tanggalkan Pelekat Cukai Jalan Atas Cermin Kereta

September 23, 2016 By AO 1 Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SAKIT hati dengan kesan gam di cermin depan kereta setiap kali mahu tanggalkan pelekat cukai jalan (lesen kenderaan motor, LKM)?

Cara ini khas untuk mereka yang jenis tampalkan terus pelekat LKM ke cermin kereta. Sepatutnya lapikkan dulu.

Apapun, jangan risau, cara paling mudah yang anda boleh buat adalah:

  • Basahkan surat khabar lama dengan air suam dan tekapkan di belakang atau depan pelekat LKM tersebut.
  • Tunggu hingga 10 minit (atau lebih lama) sampai pelekat LKM itu mudah ditanggalkan.

Air suam mampu menjadi agen mencairkan gam. Apa pula fungsi surat khabar? Sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan gam, cuma kertas surat khabar lebih mudah melekap pada cermin kereta berbanding kertas lain.

Boleh juga guna penyembur WD40. Tapi masih perlu disental kuat untuk tanggalkan gam. Jangan pula lupa bilas dengan air.

BACA >>> Puspakom Kini Sudah Boleh Perbaharui Cukai Jalan!

pelekat-road-tax

TIP EKSTRA

Cara sama juga boleh dilakukan pada sebarang cermin selain kereta, misalnya menanggalkan pelekat atau sisa gam daripada papan kenyataan, papan putih, tingkap dan lain-lain.

Tip ini juga boleh digunakan untuk menanggalkan setem daripada sampul surat, khas buat mereka yang ada hobi mengumpul setem atau tersalah menampal setem.

Apa yang perlu dilakukan adalah guntingkan bahagian sekeliling setem dan rendamkan dalam air suam selama 10 minit. Selepas itu, setem akan mudah ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan carikan sampul.

Namun, pastikan tidak direndam terlalu lama kerana boleh merosakkan kualiti setem.

BACA >>>  #ApaNakBuat: Cara Tampal Cukai Jalan yang Betul, dan Mudah Tanggal Tanpa Kesan Gam

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, autotainment, cara tanggal pelekat cukai jalan, cukai jalan, pelekat cukai jalan, Roda4, tahukah anda, Tanggalkan Gam Pelekat Cukai Jalan, tip automobil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my