• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Trend Pelekat Lucah, Pemandu Tak Rasa Malu Ke?

#SembangDeras: Trend Pelekat Lucah, Pemandu Tak Rasa Malu Ke?

April 28, 2022 By Farah Leave a Comment

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENAMPAL pelekat pada kenderaan bukan perkara baharu di Malaysia. Kebiasaannya rekaan pelekat yang ditampal itu adalah mengikut cita rasa pemiliknya sama ada kelab pasukan bola sepak, bendera negara atau negeri, kata-kata semangat, selebriti sukan permotoran, kartun atau animasi popular, dan lain-lain.

Namun lain pula cita rasa sesetengah pemilik kereta tempatan yang menampal pelekat dengan kata-kata berunsur lucah, erotik dan seksis hingga menimbulkan rasa kurang senang kalangan pengguna jalan raya Malaysia.

BACA >>> Sumber: 'Pelekat Lori Kebal' Bukan Pulau Pinang Saja, Satu Malaysia Guna Cara Sama

Antara pelekat yang kerap ditampal adalah kata-kata atau ungkapan yang mengaitkan wanita berstatus janda sebagai golongan penggoda. Malah, ada ungkapan yang menganggap kaum hawa sebagai objek melepaskan nafsu seperti berikut:

  • Godaan Janda Abang Tewas
  • Papa Pulang, Mama Basah
  • Hati-Hati Di Jalan Lubang Di Jalan Tidak Seindah Lubang Di Rumah

Lebih mengecewakan, pelekat berunsur lucah ini banyak dijual di platform atas talian pada harga semurah RM2 saja bagi saiz kecil hingga RM30 untuk saiz besar.

Pendapat saya, trend menggunakan pelekat tidak senonoh itu sepatutnya dihentikan dan dikenakan tindakan undang-undang. Tidakkah pemandu tersebut rasa malu dengan apa dilakukan? Bukankah dalam hidup mereka sendiri sebagai lelaki sentiasa dikelilingi wanita sama ada ibu, isteri, kakak atau adik, anak-anak, saudara mara dan kenalan?

Tiada apa yang hendak dibanggakan pun dengan pelekat lucah sebegitu melainkan menggambarkan si pemandunya sebagai seorang yang rendah akhlak.

BACA>>> #TahukahAnda: Rupanya Inilah Maksud Sebenar di Sebalik Pelekat Kereta Jepun
BACA>>> Isteri 'Histeria' Tengok Dua Kemalangan Depan Mata, Suami Kekal Tenang

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Auto Terkini, Pelekat Lucah, sembang deras, Sticker, sticker janda, sticker lucah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my