• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 6 Ciri Menarik Trak Pikap EV Ford F-150 Lightning, Boleh Jadi Generator Rumah!

6 Ciri Menarik Trak Pikap EV Ford F-150 Lightning, Boleh Jadi Generator Rumah!

May 30, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AMERIKA Syarikat (AS) sekali lagi menonjolkan diri dalam dunia automotif dan terima kasih kepada Tesla yang berjaya melonjakkan populariti kenderaan elektrik (EV).

Jenama lain pun tidak kurang hebat dengan Ford menawarkan trak pikap elektrik F-150 Lightning. Model itu menjadi fenomena di AS dengan tempahan kini mencecah ratusan ribu unit.

BACA >>> Ford F-150 Tremor - Trak Pikap Siri F-150 untuk Versi Lebih Lasak
BACA >>> Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas (2022) Buka Tempahan, Harga RM136k!

Keputusan Ford membangunkan F-150 versi elektrik nampaknya tepat kerana siri F kini menjadi trak pikap terlaris di AS selama 45 tahun berturut-turut! Ibarat Perodua menawarkan Myvi dalam versi elektrik. Menurut Ford, pengeluaran F-150 Lightning kini sudah bermula, dan pelanggan bakal menerima unit masing-masing tidak lama lagi.

Apa menarik tentang F-150 Lightning ini?

1. Model F-150 Paling Tangkas, Tork Tinggi!

Berbekalkan kuasa serta merta daripada nadi elektrik, sudah jadi perkara biasa untuk EV mempunyai ketangkasan melebihi kenderaan dijana enjin pembakaran dalaman (ICE). F-150 Lightning mampu memecut 0-100kmj sepantas 4 saat (bateri jenis lanjutan), sekali gus menjadi F-150 paling laju!

Malah, model ini  F-150 dengan tork paling tinggi, iaitu 1,051Nm! Jarak pandu adalah sekitar 370km atau 480km untuk bateri kapasiti tinggi.

2. Boleh Bekalkan Elektrik Hingga Tiga Hari!

Bergantung varian dan kelengkapan tambahan, F-150 Lightning mampu membekalkan elektrik hingga tiga hari (mengikut penggunaan 30kWh setiap hari jika terputus bekalan. Bukan setakat itu,trak pikap ini juga boleh membekalkan semula tenaga kepada grid elektrik dan mampu mengecas EV lain.

Dengan tenaga yang ad, F-150 Lightning mampu membekalkan elektrik untuk perkakasan bekerja seperti gerudi dan sebagainya tanpa perlu generator.

3. Pelaburan Besar, Tambah Pekerja

F-150 Lightning dipasangkan di kilang Pusat Kenderaan Elektrik Rouge (Rouge Electric Vehicle Center, REVC) di Dearborn, Michigan, dan Ford sedang menambah baik fasiliti tersebut bagi mencapai sasaran pengeluaran 150,000 unit setahun menjelang 2023.

Ford sebenarnya sudah melabur AS$950 juta (RM4.14 bilion) dengan mewujudkan 750 pekerjaan di kilang serba moden itu. Secara keseluruhan, pelaburan Ford di Michigan untuk F-150 Lightning sudah melebihi AS$1 bilion (RM4.3 bilion) dan mewujudkan 1,700 peluang pekerjaan baharu di lima kilang dalam negeri.

Motor dan transgandar (transaxle) elektrik dipasangkan di Pusat Trenkuasa Elektrik Van Dyke (Van Dyke Electric Powertrain Center, VDEPC), manakala bateri dipasangkan di Kilang Komponen Rawsonville (Rawsonville Components Plant, RCP).

4. Tiada Enjin, Bonet Isi Apa?

Memandangkan tiada enjin dalam bonet, pemilik boleh menyimpan pelbagai barang yang dipanggil Ford sebagai Mega Power Frunk. Ruang tersedia cukup besar iaitu hingga 400 liter, dan lebih praktikal kerana dilengkapi empat outlet elektrik, dan dua port USB kuasa 2.4kW.

Ruang itu juga boleh dicuci dengan saluran untuk aliran air keluar.

5. Harga Mula Bawah AS$40,000

Bercakap mengenai EV memang seronok, cuma harga menjadi cabaran. Dengan pelbagai teknologi dan masih lagi di peringkat awal, harga EV belum mampu menyaingi kenderaan biasa. Harga permulaan F-150 Lightning kurang daripada AS$40,000 (RM174,480) dan menjadi satu-satunya trak pikap elektrik saiz penuh pada paras harga itu.

Harga itu tidak murah dan tidak juga mahal kerana F-150 Lightning ialah trak pikap saiz penuh yang dikuasakan nadi elektrik.

6. Tempahan Luar Biasa, Sudah Ditutup

Tempahan F-150 Lightning kini sudahpun mencecah 200,000 unit! Dalam tempoh kurang 12 jam selepas diperkenalkan pada Mei tahun lalu, sebanyak 20,000 unit sudah ditempah! Susulan permintaan luar biasa, tempahan runcit untuk model tahunan semasa sudahpun ditutup.

Fakta menarik lain, tiga per empat tempahan adalah pelanggan yang tidak pernah memiliki atau memajak kenderaan Ford. Ini bermakna F-150 Lightning berjaya menukar ramai daripada pelanggan itu kepada pembeli trak pikap atau EV pertama.

BACA >>> Ford Mustang California Special (2022), Sensasi Amerika Kini di Eropah, Harga RM285k
BACA >>> Rumah Tiada Elektrik? Ford F-150 Lightning (2022) Boleh Bantu Cas Sampai 3 Hari!

Ford F-150 Lightning.01
Ford F-150 Lightning.02
Ford F-150 Lightning.03
Ford F-150 Lightning.04
Ford F-150 Lightning.05
Ford F-150 Lightning.06
Ford F-150 Lightning.07
Ford F-150 Lightning.08
Ford F-150 Lightning.09
Ford F-150 Lightning.10
Ford F-150 Lightning.11
Ford F-150 Lightning.12
Ford F-150 Lightning.13
Ford F-150 Lightning.14
Ford F-150 Lightning.15
Ford F-150 Lightning.16
Ford F-150 Lightning.17
Ford F-150 Lightning.18
Ford F-150 Lightning.19
Ford F-150 Lightning.20
Ford F-150 Lightning.21
Ford F-150 Lightning.22
Ford F-150 Lightning.23
Ford F-150 Lightning.24
Ford F-150 Lightning.03
Ford F-150 Lightning.01
Ford F-150 Lightning.09

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Ford, Ford F-150, Ford F-150 Lightning, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev