• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Bom, Tapi Stor Mercun Rampasan yang Meletup di Sentul

Bukan Bom, Tapi Stor Mercun Rampasan yang Meletup di Sentul

April 29, 2022 By Wahid Leave a Comment

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIGA pekerja yang sedang menjalankan kerja pembersihan tapak pelupusan cedera apabila stok rampasan bunga api di stor simpanan Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di Jalan Perhentian, Kuala Lumpur meletup dan terbakar pada petang 26 April lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tiga lelaki berasal dari Sabah itu diupah untuk membersihkan kawasan pelupusan rampasan mercun dan bunga api IPD Sentulpada jam 3 petang tersebut.

BACA >>> DUKE Mohon Maaf, Kenderaan Bomba Sukarela Memang Boleh Dapat Tol Percuma!

Ketika membersihkan kawasan, api dilaporkan tiba-tiba terpercik dalam tong sampah RORO (Roll On Roll Off) yang digunakan untuk menempatkan sisa pelupusan sebelum berlaku beberapa siri letupan dipercayai mercun.

"Ketiga-tiga mangsa berusia 25 hingga 30 tahun sudah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.

Insiden itu turut menyebabkan 18 kereta, dan dua lori yang juga barang kes terbakar. Semua kenderaan adalah barang kes berdaftar yang disimpan dalam stor berkenaan. PDRM juga menerima tujuh laporan mengenai kerosakan rumah penduduk di sekitar tapak tersebut.

Susulan itu, Eng Lai pada 27 April mendakwa mengesyaki letupan itu berpunca daripada geseran ketika menggunakan jentolak untuk menggelekkan mercun rampasan.

Apapun, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur masih menyiasat punca sebenar letupan itu."

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) pelupusan barang kes dilakukan mengikut Perintah Mahkamah, iaitu melupus barang kes dengan cara menggelek menggunakan jentolak dan siraman air serta kemudian ditanam.

Dalam perkmebangan lain, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim pula berkata PDRM akan mencadangkan kaedah pelupusan mercun yang lebih sesuai.

BACA >>> Tangan Tersangkut Celah Brek Tangan, Wanita Minta Bantuan Bomba
BACA >>> Lagi Kes Maut Akibat Bateri Skuter Elektrik Meletup di India

Related

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, IPD Sentul, Polis Diraja Malaysia, Stor Mercun Rampasan Meletup

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my