• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasrah Kehendak Pasaran, Datsun Kembali Terkubur!

Pasrah Kehendak Pasaran, Datsun Kembali Terkubur!

April 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN mengumumkan menghentikan pengeluaran kenderaan Datsun di India, sekali gus menguburkan jenama itu buat kali kedua, yang mungkin juga selama-lamanya.

Portal Carscoops melaporkan kilang di Chennai, India ialah kilang pembuatan terakhir Datsun selepas kilang di Russia dan Indonesia ditutup pada 2020.

BACA >>> Nissan Tamatkan Dua Model Datsun di Indonesia
BACA >>> Pelan Transformasi: Pengeluaran Nissan di Asean Akan Tumpu di Thailand

Datsun mempamerkan daya saing lemah dalam pasaran automotif berdasarkan penurunan jualan. Malah penutupan Datsun sudah dijangka sejak 2019 apabila Nissan mengumumkan penstrukturan semula syarikat itu berikutan skandal membabitkan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Carlos Ghosn.

Walaupun Datsun disahkan akan dihentikan sekali lagi, jenama asak Jepun itu masih komited memberikena servis kepada pemilik sedia ada, termasuk servis selepas jualan, alat ganti dan sokongan waranti menerusi rangkaian pengedar.

Datsun mula dikenali di pasaran global apabila Nissan mengeksport jenama itu pada 1939 hingga 1986 sebelum dihentikan pengeluaran. Jenama itu kemudian dihidupkan semula pada 2012.

BACA >>> 'Made In Malaysia' Disyaki Punca Jualan Daihatsu Sirion Merudum di Indonesia

Ketika itu, pakatan Nissan-Mitsubishi-Renault mula mensasarkan pasaran negara membangun seperti Indonesia, India dan Rusia menerusi pengeluaran kereta mampu milik.

Model pertama, Datsun Go Supermini diperkenalkan pada 2013, dan selepas itu muncul model 7-kerusi, GO+ (2014) yang kedua-duanya menggunakan platform Nissan Micra. Walaupun berharga murah, Datsun tetap gagal mencatatkan jualan memberangsangkan disebabkan aspek kualiti rendah dan mendapat keputusan rating keselamatan memalukan.

Bagaimanapun, Datsun enggan menyerah kalah dan melancarkan semula model Redi-GO pada 2016, dan akhirnya pengeluar itu terpaksa menerima hakikat yang jenama itu sudah tidak lagi diminati.

BACA >>> Selamat Malam, Sayonara Kilang Honda Swindon...
BACA >>> Ford Motor Tutup Operasi Kilang di India Selepas Rugi Lebih RM8 bilion
BACA >>> Covid-19: Pekerja India Mogok Desak Renault, Nissan dan Hyundai Tutup Kilang

SUMBER: Liputan6

Related

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Carlos Ghosn, Datsun, Datsun Tutup Kedai, Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my