• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Tamatkan Dua Model Datsun di Indonesia

Nissan Tamatkan Dua Model Datsun di Indonesia

December 1, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Motor Indonesia (NMI) akan menamatkan pengeluaran beberapa model kereta jenama Datsun di Purwakarta, Jawa Barat bermula Januari 2020, menurut satu sumber vendor komponen yang hadir pada mesyuarat serantau bersama wakil NMI di Jakarta baru-baru ini.

Sumber itu berkata, ada dua model yang akan dihentikan pengeluaran, iaitu Datsun Go dan Go+.

“Kami semua diminta tutup telefon ketika pembentangan. Selepas itu, syarikat buat pengumuman untuk hentikan pengeluaran pada Januari 2020," kata sumber tersebut.

Dalam pembentangan NMI, Datsun dikatakan akan kekal beroperasi selepas pengeluaran dihentikan tetapi bergantung kepada model kereta sedia ada.

BACA >>> 'Made In Malaysia' Disyaki Punca Jualan Daihatsu Sirion Merudum di Indonesia

NMI juga sudah menghantar laporan kepada Pengarah Industri Maritim,  Barangan Pengangkutan dan Barangan Pertahanan di Kementerian Perindustrian Indonesia, Putu Juli Ardika yang memaklumkan Datsun akan beralih kepada industri komponen.

Putu berkata,

Nissan akan tutup pengeluaran Datsun Go dan Go+ pada Januari 2020 atas sebab jualan rendah. Syarikat cadang untuk beri fokus kepada pembuatan tempatan komponen utama enjin Livina dan Xpander. Sebelum ini komponen dihasilkan di Jepun."

Persatuan Pengeluar-Pengeluar Automotif Indonesia (Gaikindo) mendedahkan, Datsun hanya menjual 2,388 unit sepanjang 2018 dan angka itu sangat kecil berbanding potensi jualan lebih 200,000 unit setahun untuk segmen kereta kos rendah mesra alam.

BACA >>> Nissan Sentra (2020) Diperkenalkan di AS, Tampil Menawan dengan Teknologi Tinggi

Datsun juga gagal bangkit dalam aspek jualan apabila mencatat jualan 1,862 kereta sejak Januari hingga September tahun ini.

Datsun, yang memulakan pengeluaran pada 1931, dihentikan operasi pada 1986 buat seketika sebelum dihidupkan Nissan pada 2012 sebagai jenama kereta kos rendah untuk beberapa pasaran seperti Indonesia, Afrika Selatan, India dan Rusia.

BACA >>> #GIIAS2016: Baca 8 Info Travel Ini Supaya Cuti-Cuti Indonesia Anda Tidak Lagi Klise

SUMBER: TheJakartaPost

Artikel Berkaitan

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Datsun, Datsun Go+, Datsun Tutup Operasi, Gaikindo, Nissan Motor Indonesia (NMI), Persatuan Pengeluar-Pengeluar Automotif Indonesia (Gaikindo), Putu Juli Ardika, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my