BERSEMPENA perlumbaan Shell Advance Malaysia Motorcycle Grand Prix di Sepang pada 24 hingga 26 Oktober lalu, Shell memperkenalkan minyak pelincir motosikal premium Shell Advance Ultra yang bakal menembusi pasaran, tahun hadapan.
Dirumus dengan Teknologi Shell PurePlus, Shell Advance Ultra ditawarkan dalam dua gred kelikatan iaitu SAE J 300 10W-40 dan 15W-50. Kedua-dua formulasi ini menepati piawaian: API SM dan JASO MA2. Walau bagaimana, harga jualan masih belum didedahkan.
Menerusi minyak pelincir Shell Advance ultra, ia menawarkan perlindungan dan prestasi terbaik tanpa mengira saiz enjin. Ia juga memberikan kawalan terbaik dengan penukaran gear yang lancar serta tunggangan lebih menyeronokkan.
Selain itu, ia turut berhaya mengurangkan bunyi bising dan getaran selain rumusan teknologi sintetik penuh mampu membantu memanjangkan jangka hayat enjin.
“Seiring penggunaan motosikal berkuasa tinggi yang semakin meningkat, kami yakin pengenalan Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus mampu melangkaui keperluan prestasi yang diperlukan oleh enjin-enjin motosikal berkapasiti rendah mahupun tinggi,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Azman Ismail.
Sementara itu, Shell menjalankan ujian persepsi di Malaysia yang menyaksikan 13 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terdiri daripada penggunaan pelbagai kapasiti enjin.
Dengan jarak perjalanan sejauh 800km, ia melibatkan pelbagai laluan berbeza seperti tunggangan di kawasan lebuh raya, jalan utama, laluan berbukit, serta jalan bengkang-bengkok di Semenanjung Malaysia.
Hasilnya, rata-rata peserta menunjukkan kepuasan dan merasakan tunggangan yang lebih lancar dan berkuasa apabila menggunakan gabungan minyak enjin Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus dan minyak Shell V-Power 97.
- Pemilik motosikal berkuasa tinggi buatan Itali bersesaran 800cc, Puon Swee Loong, 38, - " Motosikal rasa seperti baharu dan ia cukup ketara apabila pendikit dipulas sepenuhnya. Motosikal saya tidak pernah dapat mencapai jarak sejauh 180km sebelum minyaknya perlu diisi semula.”
- Rossaedi Hamid, pemilik motosikal jenama Austria berkapasiti 1,000cc yang sudah berusia empat tahun - “Saya akhirnya faham tentang pentingnya memulakan perjalanan dengan enjin yang bersih. Shell telah membantu saya membersihkan sisa-sisa minyak enjin yang pernah digunakan sebelum ini. Jadi, enjin saya kini hanya mengandungi minyak Shell Advance Ultra untuk pengalaman tunggangan yang lebih mengujakan!”
- Zulkhibri Mohd Yusof, 40, penunggang motosikal buatan Jepun berusia empat tahun - “Bermula gear satu, dua dan tiga, maklum balasnya memang pantas. Dengan minyak enjin Shell Advance Ultra baharu bersama Teknologi PurePlus, klac juga boleh ditukar dengan lancar.”
Leave a Reply