• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Permintaan Ditunaikan, Toyota GR Supra Akan Ada Gear Manual!

Permintaan Ditunaikan, Toyota GR Supra Akan Ada Gear Manual!

April 20, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

629
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS beberapa khabar angin, Toyota mengesahkan penawaran transmisi manual untuk GR Supra yang akan tampil dengan lencana khas Supra merah.

Bilakah dilancarkan? Belum ada maklumat, tetapi Toyota memaklumkan berita susulan bakal menyusul beberapa minggu lagi.

Bersama pengesahan itu, Toyota juga berkongsi gambar pedal model GR dengan transmisi manual seperti GR Yaris, GR86 dan GR Supra. Malah, ada satu lagi GR yang tidak dilampirkan, iaitu GR Corolla yang baru saja dilancarkan awal April lalu.

GR Supra menggunakan dua enjin BMW, iaitu B58 3.0L Turbo berkuasa 386hp dan tork 500Nm. Satu lagi pilihan ialah B48 2.0L Turbo berkuasa 256hp dan tork 400Nm yang kedua-dua varian itu dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan ZF.

Bagaimana pula transmisi manual? Diambil daripada model mana?

Ya, masih belum ada maklumat. Apa diketahui, BMW ialah pengeluar yang masih menawarkan transmisi manual untuk model keluarannya. Model ditawarkan dengan transmisi manual ialah varian prestasi M seperti M2, M3 dan M4. Ketiga-tiga model itu menggunakan enjin 3.0L Turbo.

Kemungkinan juga, transmisi manual hanya ditawarkan untuk GR Supra 3.0L. Bagaimanapun, fakta sebenar akan diketahui kelak.

Akhir sekali, adakah lelaki sejati menggunakan tiga pedal?! (real men use three pedals). Apa pun polemiknya, Toyota dibuat untuk anak jantan!

BACA >>> Toyota Jual 8,386 unit Kenderaan Sepanjang Mac 2022, Dahului Segmen Bukan Nasional!
BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!

Toyota GR Supra Manual
Model GR dengan transmisi manual:
Toyota GR Yaris manual
Toyota GR Yaris manual
Toyota GR86 manual
Toyota GR86 manual

Toyota GR Supra automatik

Related

629
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GR, GR Supra, Toyota, Toyota GR Supra, Toyota GR Supra Manual, Toyota Supra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my