SEBENARNYA banyak garis panduan memandu yang kita pernah pelajari semasa di sekolah memandu dahulu sudah berubah. Antaranya ialah cara memegang stereng pada kedudukan 10 dan 2, atau jam 10:10.
Menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Persatuan Automobil Amerika (AAA), dan tenaga pengajar di Amerika Syarikat (AS), cara memegang stereng baru adalah merendahkan tangan pada kedudukan jam 9 dan 3, atau jam 09:15 (lihat gambarajah bawah); atau lebih rendah iaitu 8 dan 4, atau jam 08:20.
Menurut MSNBC, perubahan itu adalah cara untuk melindungi tangan dan kepala kerana apabila beg udara mengembung, ia berisiko mencederakan tangan pemandu yang memegang stereng pada kedudukan lama, termasuk menyebabkan tangan tertampar atau terhentak muka sendiri.
Jadi, cara baru ini ialah langkah mengelak anda mencederakan diri sendiri. Anda mungkin juga ada lebih kawalan atau kestabilan dalam posisi selari yang sama dengan kedudukan jam 9 dan 3.
BACA >>> Halfords Fingerprint T-Bar - Pengunci Stereng dengan Teknologi Biometrik
BACA >>> Hyundai Perkenal Konsep Kokpit Virtual dengan Stereng Skrin Sentuh 3D
CARA MEMBELOK PUN BERUBAH?
Akhir sekali adalah cara tangan atas tangan atau hand over hand (lihat gambar dan video atas), iaitu langkah menyilangkan atau mengilaskan tangan bertentangan ketika memusing stereng pada arah kiri atau kanan.
Ini adalah cara membelok lama yang tidak lagi sesuai digunakan untuk mengendalikan stereng kereta moden hari ini. Sekolah memandu hari ini pun sudah tidak lagi menggunakan Perodua Kancil atau Proton Saga sebagai kereta belajar memandu. Sudah banyak yang berubah.
Anda sepatutnya menggunakan cara tolak-tarik atau push-pull (lihat video atas), iaitu menolak stereng ke atas menggunakan sebelah tangan ke arah haluan yang mahu dibelok, manakala tangan sebelah lagi menarik ke bawah, tanpa menyilang atau mengilaskan tangan.
Kenapa pula perlu lakukan cara ini?
Sebabnya, cara ini juga dilakukan atas alasan keselamatan untuk mengelakkan kecederaan sekiranya beg udara mengembung akibat kemalangan. Lagipun kebanyakan kereta moden hari ini sudah menggunakan sistem stereng kuasa sama ada daripada jenis hidraulik atau elektrik.
Jadi, kerja memusing roda stereng tidak sesukar ketika memandu kereta lama tanpa stereng kuasa.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Fungsi Setiap Punat Pada Stereng F1?
SUMBER: Jalopnik.com
Leave a Reply