• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kemboja Lancar Skuter Off-Road Suzuki NEX Digi (2022)

Kemboja Lancar Skuter Off-Road Suzuki NEX Digi (2022)

April 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

284
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Kemboja baru-baru ini melancarkan skuter baharu, NEX Digi (2022) dengan rekabentuk mirip skuter NEX Crossover selain mewarisi DNA famili Suzuki NEX.

Penampilan paling ketara, bar hendal direka untuk tunggangan off-road, iaitu lebih tinggi dan lebar. Ada juga beberapa perkara yang membezakan antara Digi dan Crossover, iaitu rupa depan skuter.

  • NEX Digi (2022) dipasangkan set lampu depan besar yang mendominasi ruang depan dengan lampu signal belok lebih tinggi pada panel depan. Lampu utama kini jenis LED.
  • Posisi lampu signal belok NEX Crossover adalah di kiri dan kanan lampu utama.
  • NEX Crossover juga menggunakan rim lima jejari dengan tayar pelbagai rupa bumi.
  • Sebaliknya, NEX Digi hadir dengan rim tiga jejari dan tayar biasa.

BACA >>> Suzuki Bakal Menggegar! Inilah Game Plan Suzuki Malaysia untuk Pasaran Tempatan

Berikut perincian lain NEX Digi (2022):

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 1,13cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI) seperti generasi pertama NEX. Tiada data kuasa dikongsi.
  • Ada tiga warna pilihan: merah, putih dan perak dengan logo tiga dimensi (3D) dan grafik moden.
  • Panel meter digital penuh.
  • Port pengecas USB bawah pelana.
  • Sistem penghidup masih kunci mekanikal, walaupun pesaing lain sudah beralih kepada sistem kunci pintar.
  • Komponen suspensi digunakan sama seperti siri NEX lain, iaitu fork teleskopik di depan, dan absorber spring tunggal (belakang), manakala sistem brek jenis cakera (depan) dan dram (belakang).
  • Harga boleh diketahui.

BACA >>> Suzuki Indonesia Lancar Skuter Hendal Bogel NEX Crossover (2020), Harga RM5.2k

SUMBER: XE

Related

284
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, Suzuki Kemboja, Suzuki Nex Digi (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my