• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Pencen' MotoGP, Lorenzo Masuk Pula Kejuaraan Porsche Supercup 2022 di Itali

'Pencen' MotoGP, Lorenzo Masuk Pula Kejuaraan Porsche Supercup 2022 di Itali

April 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA yang juga juara tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo nampaknya bakal melangkah ke arena lumba kereta sport di Itali.

Lorenzo ialah mantan rakan sepasukan Valentino Rossi ketika mereka berdua dalam kem Movistar Yamaha. Pelumba Sepanyol itu khabarnya mahu mencuba nasib dalam kejuaraan perlumbaan Porsche Supercup di Itali sebagai bintang jemputan menggunakan jentera VIP.

BACA >>> Hyundai i30 N Line - Untuk yang Mahukan Rupa Hot-Hatch, Tetapi Kuasa Biasa-Biasa

Kemudian, dia akan melangkah pula untuk saingan kejuaraan Porsche Carrera Cup di Itali.

Lorenzo ialah mantan pelumba MotoGP terbaharu yang berhijrah ke arena perlumbaan empat roda selepas Rossi menyertai kejuaraan GT World Challenge Europe dan Dani Pedrosa (Lamborghini Super Trofeo Europe).

Malah, Lorenzo juga berkongsi beberapa foto yang menunjukkan beliau dalam pit lumba dan beberapa jentera lumba Porsche. Beliau dikatakan akan memandu Porsche 911 di Imola bermula 22-24 April ini.

Porsche Supercup ialah siri perlumbaan sejenis (one-make) dan menjadi sebahagian program sokongan Formula Satu (F1), dengan mempertaruhkan jentera 911 GT3, berkuasa hingga 515hp.

What a great pleasure to still be able to feel the rush and adrenaline of competition but this time without the same pressure and risk as before... Feeling so lucky 😊☺️#porsche #992gt3 #porschesupercup #imola pic.twitter.com/REfLsice13

— Jorge Lorenzo (@lorenzo99) April 7, 2022

Lorenzo dipetik portal Speedweek berkata;

Selepas karier MotoGP aku tamat, aku rindukan saingan. Jadi, aku cari satu cabang yang tak berisiko tinggi macam lumba motosikal. Tahun lepas, aku masuk race virtual versi eSport Porsche Carrera Cup Italia. Langkah seterusnya masuk Porsche 911 GT3 Cup sebenar.”

Lorenzo rasmi meninggalkan MotoGP pada 2019, tetapi kelibatnya pernah dikesan di padok kejuaraan dunia itu sebelum ini. Beliau juga aktif melayan peminat di Instagram, dan juga  menjalin kerjasama dengan pengeluar motosikal elektrik, Super Soco.

BACA >>> Lorenzo: Apa Guna Berlumba 10 Tahun Kalau Tak Boleh Bayar Pinjaman Rumah?
BACA >>> Lorenzo Mahu Lupakan Kisah Sepang 2015, Akui Tidak Bermusuh dengan Rossi
BACA >>> Apa Kata Rossi Tentang Lorenzo yang Kini Jadi Jurulatih Yamaha
BACA >>> Rossi Akhirnya Dedah Sebab Kenapa Tidak Jadi Masuk F1

SUMBER: RideApart | Lorenzo

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jorge Lorenzo, MotoGP, Porsche 911 GT3, Porsche Carrera Cup, Porsche Supercup, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev