• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bocor Maklumat Kad TnG dengan NFC, Tak Perlu Cari Kiosk, Tambah Nilai Guna Telefon Sahaja

Bocor Maklumat Kad TnG dengan NFC, Tak Perlu Cari Kiosk, Tambah Nilai Guna Telefon Sahaja

April 11, 2022 By Farah Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI tahu, Touch 'n Go (TnG) bakal memperkenalkan kad TnG versi baharu yang dilengkapi teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) yang memudahkan pengguna menambah nilai terus menerusi aplikasi mobil TnG eWallet.

Perkembangan itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong pada Januari lalu, tetapi masa sebenar penggunaan kad TnG versi baharu tidak dinyatakan. Kini beberapa maklumat mengenai kad TnG versi baharu itu mula diselidik dan didedahkan media tempatan.

BACA >>> Touch 'n Go eWallet Tawar Pinjaman Peribadi GOpinjam Hingga RM10k!

tng-ewallet-logo
tng-ewallet-apps

Pengenalan kad TnG versi baharu itu juga semakin hampir dengan maklumat dalam laman bantuan dan soalan lazim TnG yang sudah dikemas kini. Menurut laman itu, kad TnG baharu tersebut dinamakan 'Enhanced Touch ’n Go Card' yang boleh dikenal pasti menerusi logo pada penjuru kanan.

Antara maklumat lain, pengguna boleh terus menambah nilai menggunakan telefon pintar dengan menyentuh kad pada bahagian NFC di telefon. Cara itu nyata lebih mudah kerana boleh dilakukan terus tanpa perlu mencari kiosk tambah nilai.

Dalam soalan lazim itu juga, portal amanz.my turut mendedahkan cara menghubungkan 'Enhanced TNG Wallet' kepada akaun TnG eWallet.

BACA >>> Kad TnG Bakal Lebih Canggih, Boleh Terus Tambah Nilai Guna Teknologi NFC

Prosesnya lebih mudah berbanding kad TnG biasa kerana teknologi NFC membolehkan pengguna mendapatkan kod nombor tanpa perlu menaip. Bagaimanapun, pengguna perlu memiliki telefon pintar dengan sokongan NFC, sekurang-kurangnya sistem operasi (OS) iOS 13 atau Android 4.4.

Namun, pengguna tanpa telefon NFC masih boleh menggunakan kad tersebut, cuma tidak boleh menambah nilai kad menggunakan telefon.

Kad TnG baharu itu dijangka dijual sekitar RM10 seperti kad TnG sedia ada lain dan boleh ditambah nilai maksimum RM500 bagi setiap transaksi. TnG turut mengatakan kad berkenaan mempunyai masa penggunaan hingga tujuh tahun.

BACA>>> 'Smart Tag Cap Ayam': Touch n Go Beri 2 Penyelesaian, Produk Baharu Akan Keluar Tetapi Entah Bila
BACA>>> Kadar Faedah Program Pinjaman Touch 'n Go eWallet Terlalu Tinggi - Tok Mat

SUMBER: Lowyat.net | Amanz.my

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, eWallet Touch n Go, Ignatius Ong, Komunikasi Medan Dekat (NFC), NFC, TnG, TnG NFC, TnG Versi Baharu, Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev