• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bastianini Juara Lagi, Aksi Marquez Jadi Tumpuan di GP Amerika

Bastianini Juara Lagi, Aksi Marquez Jadi Tumpuan di GP Amerika

April 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ENEA Bastianini muncul juara GP Amerika yang juga kemenangan kedua perlumbaan MotoGP musim ini selepas GP Qatar, 6 Mac lalu.

Pelumba Gresini Ducati berumur 24 tahun itu berjaya memintas pelumba Ducati dan pendahulu perlumbaan, Jack Miller ketika perlumbaan berbaki lima lap. Kemenangan Bastianini membolehkan dia mendahului kutipan mata keseluruhan MotoGP 2022 setakat ini.

BACA >>> Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!
BACA >>> Bagnaia, Miller Dedah Desmosedici GP22 dengan Skema Warna Merah Asli Ducati

Miller terpaksa berpuas hati mengakhiri saingan di tempat ketiga selepas dipintas pelumba Suzuki, Alex Rins yang pernah muncul juara di Texas pada 2019.

Ini hari yang hebat. Miller memiliki kelajuan luar biasa pada bahagian pertama perlumbaan, selepas itu aku rasa seperti mendesak diri, memecut macam orang gila dan memenanginya.

“Kemenangan di Amerika memang luar biasa. Sekarang, kami boleh makan burger!”

BACA >>> GP Argentina: Aleix Raih Kemenangan Pertama MotoGP, Termasuk untuk Aprilia

Juara dunia lapan kali, Marc Marquez pula membuat kejutan apabila menamatkan perlumbaan di tempat keenam walaupun gagal mendapat posisi grid terbaik.

Marquez, 29, memulakan perlumbaan di grid sembilan, iaitu posisi kelayakan paling teruk pernah dicapainya di Circuit of the Americas (COTA). Malah, pelumba Sepanyol itu pernah tergelincir di kedudukan ke-24 sebelum bangkit mengejar dan memintas satu persatu lawan lain untuk menamatkan aksi di kedudukan keenam!

BACA >>> Marquez Kembali Beraksi di GP Amerika!
BACA >>> Tiga Pasukan Dijangka Cipta Kejutan dalam MotoGP 2022

Juara dunia 2020, Joan Mir (Suzuki) mengakhiri saingan di tempat keempat, disusuli Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo), kelima.

Pelumba Monster Energy Yamaha , Fabio Quartararo mengakhiri saingan di tempat ketujuh, iaitu di belakang Marquez, manakala Jorge Martin (Pramac Ducati), kelapan.

Berikut senarai pemenang GP Amerika 2022:

 

Ranking MotoGP 2022 Setakat Ini
  1. Enea Bastianini (Gresini Ducati) : 61 mata
  2. Alex Rins (Suzuki Ecstar) : 56 mata
  3. Aleix Espargaro (Aprilia Racing) : 50 mata
  4. Joan Mir (Suzuki Ecstar) : 46 mata
  5. Fabio Quartararo (Monster Yamaha) : 44 mata
  6. Brad Binder (Red Bull KTM) : 42
  7. Jack Miller (Ducati Lenovo) : 31 mata
  8. Johann Zarco (Pramac Ducati) : 31 mata
  9. Miguel Oliveira (Red Bull KTM) : 28 mata
  10. Jorge Martin (Pramac Ducati) : 28 mata
  11. Pol Espargaro (Repsol Honda) : 23 mata
  12. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) : 23 mata
  13. Marc Marquez (Repsol Honda) : 21 mata
  14. Maverick Viñales (Aprilia Racing) : 19 mata
  15. Franco Morbidelli (Monster Yamaha) : 14 mata
  16. Takaaki Nakagami (LCR Honda) : 12 mata
  17. Luca Marini (Mooney VR46 Ducati) : 10 mata
  18. Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Ducati): 7 mata
  19. Darryn Binder (WithU Yamaha RNF): 6 mata
  20. Alex Marquez (LCR Honda) : 4 mata
  21. Andrea Dovizioso (WithU Yamaha RNF) : 3 mata
  22. Remy Gardner (KTM Tech3) : 1 mata

SUMBER: FoxSport | Crash | Ducati | Bestia23

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 GP Amerika, Auto Terkini, autoterkini, enea bastianini, Gresini Racing MotoGP, MotoGP, MotoGP 2022, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my