• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lotus Emira (2022) Lancar di Malaysia! Harga Mula RM1.13j, Langkawi Semurah RM457k!

Lotus Emira (2022) Lancar di Malaysia! Harga Mula RM1.13j, Langkawi Semurah RM457k!

April 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LOTUS Emira (2022) dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia, serentak perasmian bilik pameran baharu di Bukit Jelutong di Shah Alam, Selangor, sebentar tadi.

Tempahan sudah dibuka sekitar Julai tahun lalu, yang mana Emira ialah pewaris kepada tiga model Lotus sebelum ini, iaitu Elise, Exige dan Evora, yang dikeluarkan dari kilang di Hethel, Norfolk, England. Harga atas jalan di Malaysia tanpa cukai jalan dan insurans ialah RM1.13 juta, dan lebih murah buat pembeli di Pulau Langkawi iaitu kira-kira RM457,000 sahaja!

BACA >>> Lotus Emira (2022) Didedah, Bakal Guna Enjin 2.0L Mercedes-AMG
BACA >>> Emira (2022) - Kereta Petrol Terakhir Lotus Lancar 6 Julai Ini

 

Emira dianggap model Lotus terakhir dengan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) kerana selepas ini pengeluar itu kemungkinan memperkenalkan  dua model elektrik. Berikut perincian Emira (2022):

  • Ada dua pilihan trenkuasa petrol, iaitu:
    • Enjin 3.5L V6 supercas, iaitu enjin lama yang pernah digunakan pada Exige dan Evora. Model yang memasuki Malaysia dilengkapi enjin ini.
    • Enjin 4-silinder 2.0L Turbo AMG yang dibangunkan hasil kerjasama Lotus dan Mercedes-AMG dengan kuasa 360hp dan tork 430Nm.
  • Bermula pertengahan tahun ini, Emira akan menampilkan trenkuasa Lotus AMG dengan mencapai pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat, manakala kelajuan maksimum 290kmj.
IMG_20220408_155441
IMG_20220408_155336
  • Ada tiga pilihan transmisi: manual, automatik dan dual-klac (DCT). Varian 3.5L hadir dengan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik, manakala varian 2.0L dilengkapi transmisi DCT.
  • Emira (2022) akan dijual sebagai model edisi terhad, dipanggil 'First Edition' dengan trenkuasa V6.

  • Lotus Car Malaysia kini menerima tempahan 45 unit, iaitu 3.5L (15 unit) dan 2.0L (20 unit).
  • Pilihan warna ditawarkan ialah Hethel Yellow (kuning), Shadow Grey (kelabu), Magma Red (merah), Nimbus Grey (kelabu), Dark Verdant (hijau) dan Seneca Blue (biru).
  • Casis Emira dibina menggunakan material aluminium ringan dan mendapat sentuhan DNA binaan sport, sama seperti Evija.
  • Set ekzos baharu dan sistem ambilan angin diubah suai untuk menepati karakter Emira.
  • Menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Ruang kabin dihidangkan unit infotainme skrin sentuh 10.25 inci dengan sambungan sistem navigasi satelit, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio premium KEF Uni-Q serta kluster instrumen 12.3 inci.
  • Kemudahan dan ciri keselamatan terdiri daripada penghidup bebas kunci (keyless), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), wiper automatik, cermin sisi boleh lipat elektrik, kerusi boleh laras elektrik, Sistem Anti-Pelanggaran, Sistem Amaran Lesu, Amaran Tukar Lorong (LDW), Bantuan Tukar Lorong (LDA) dan Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA).

BACA >>> #Spyshot: Lotus Uji SUV Elektrik Setanding Urus, DBX707 di China
BACA >>> Litar Antarabangsa Langkawi Akan Jadi 'Nürburgring Timur'!

Lotus Emira
IMG_20220408_152835
IMG_20220408_155441
IMG_20220408_155336
IMG_20220408_155410
IMG_20220408_155349
IMG_20220408_155403
IMG_20220408_151344

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta Sport, Lotus, Lotus Car Malaysia, Lotus Emira (2022), Lotus Emira di Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev