• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar: Gangguan Saraf Mata Marquez Tak Teruk

Pakar: Gangguan Saraf Mata Marquez Tak Teruk

April 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez baru saja mengesahkan akan kembali memanaskan trek Circuit of The Americas (COTA) di Texas, Amerika Syarikat (AS) hujung minggu ini.

Kondisi Marquez kini lebih baik selepas pasukan perubatan mengkategorikan gangguan saraf pada mata kanannya sebagai tidak begitu teruk dan beliau juga tidak lagi mengalami masalah penglihatan ketika berlatih menunggang CBR600RR di trek di litar Alcarras, Sepanyol, Selasa lalu.

BACA >>> Quartararo Masih Tak Yakin Prestasi Sebenar Yamaha untuk Aksi Mandalika

Marquez bakal kembali ke trek bersama Repsol Honda di salah satu litar yang dianggap mudah dalam karier lumbanya. Keputusan berlumba semula dibuat dengan mengambil kira perundingan dan kebenaran daripada pasukan perubatan. Marquez berkata;

Memanglah aku rasa seronok dapat kembali beraksi. Ini macam perasaan hebat sebab dapat kembali, lebih-lebih lagi di salah satu trek yang paling aku suka. Tak kira apa pun kondisi, aku memang suka race kat Texas dan ada banyak memori menarik kat sini.

“Kami kena kerja kuat selepas terlepas dua race dan keseluruhan GP Argentina. Jadi, aku belum ke sana untuk setkan target. Banyak benda kena buat dan ambil kira, tapi paling penting kami akan kembali berlumba hujung minggu ini!”

Marquez mencatatkan kemenangan dalam semua perlumbaab di COTA, kecuali musim 2019 sejak litar Texas itu memasuki kalendar MotoGP pada 2013.

Sementara itu, saingan MotoGP 2022 setakat ini menyaksikan tiga juara berbeza dengan sembilan penamat podium. Pelumba Aprilia, Espargaro ketika ini mendahului saingan juara keseluruhan dengan mengutip 45 mata. Marquez pula mengumpul 11 mata apabila menamatkan aksi GP Qatar di kedudukan kelima, dan masih ada baki 18 perlumbaan dengan jumlah 450 mata untuk dimenangi.

Marquez, 29, kini berdepan halangan untuk beraksi penuh musim ini selepas kali terakhir melakukannya ketika meraih kejuaraan dunia keenam pada 2019. Beliau mengalami patah tangan di Jerez pada 2020, disusuli masalah diplopia pada akhir 2021 akibat kemalangan ketika latihan endur o dan tercampak tinggi (high side) di Mandalika.

Masalah diplopia Marquez sebenarnya bermula akibat kemalangan di GP Malaysia 2011. Rakan sepasukan, Pol Espargaro kini menjadi pelumba Honda yang mengumpul mata tertinggi (20 poin) dengan menduduki ranking ke-10 keseluruhan, termasuk sempat menaiki podium ketiga di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

BACA >>> Ramai Pemandu 'Terciduk' Polis Sepang Buat Operasi 'Potong Q'
BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Cuba Honda City Hatchback RS di Sepang

SUMBER: Crash

Related

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Circuit of The Americas (COTA), GP Amerika, Marc Marquez, MotoGP 2022, MotoGP Amerika, Repsol Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev