• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Tayang Model Konsep Toyota Innova EV, Ada Potensi Masuk Malaysia?

Indonesia Tayang Model Konsep Toyota Innova EV, Ada Potensi Masuk Malaysia?

April 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANYAK pengeluar automotif menumpukan tawaran kenderaan elektrik (EV) dalam bentuk sedan dan hatchback, manakala fokus elektrifikasi untuk segmen kenderaan lain masih agak ketinggalan.

Antaranya ialah segmen kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan pelbagai guna (MPV) dan trak pikap. Bagaimanapun, lain pula cerita Toyota yang mana pengeluar dari Jepun itu nampaknya ada perancangan awal dengan menampilkan model konsep Innova EV.

Pada Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS), Toyota Indonesia mempamerkan model konsep Innova EV yang juga digelar Kijang di republik itu.

Amnya, model konsep itu ialah Innova tanpa trenkuasa, manakala ruang ventilator gril depam ditutup kerana EV tidak memerlukan banyak elemen penyejukan berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).

BACA >>> UMWT Buka Tempahan Hilux, Fortuner dan Innova Versi Kemas Kini!

Setakat ini, tiada maklumat lengkap dikongsi mengenai Innova EV. Apa dikongsikan cuma video promosi tanpa mendedahkan sebarang spesifikasi.

BACA >>> Misteri Pemandu Innova Cekap Parkir Tahap Super Akhirnya Terjawab

Klip video itu sedikit sebanyak memberikan maklumat mengenai rekabentuk luaran dan dalaman Innova EV seperti kluster instrumen dan skrin pemantau tenaga menerusi unit infotainmen. Antara ciri menarik Innova EV ialah takometer kerana model EV biasanya didatangkan dengan meter kuasa.

Selain itu, Innova EV dikatakan berkongsi banyak komponen mekanikal dengan Fortuner dan Hilux. Persoalannya, adakah dua model itu juga akan hadir dengan teknologi elektrik tidak lama lagi?

BACA >>> Toyota, Lexus Bakal Lancar 30 Model Elektrik Pelbagai Segmen Menjelang 2030
BACA >>> Ini Sebab Kenapa Sistem Hibrid Toyota Sesuai untuk Pasaran Malaysia
BACA >>> Kawbra - Kenderaan Darat Tanpa Pemandu dengan Enjin Elektrik Pertama Buatan Tempatan

SUMBER: AutoIndustriya

Related

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS), Road4, Toyota Indonesia, Toyota Innova EV, Toyota Kijang EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev